Assalamualaikum wbt
Lama rasanya tak update cerita kehidupan di blog ni. Kisahnya, SR menguruskan pokok-pokok SR haritu. Memang menyotong, dah lah puasa... Adeh... Nasib baik ramai sangat manusia baik hati yang membantu SR.
Alhamdulillah...
Jadi, dalam kesibukan tu, ada suatu hari ni, SR teringin sangat nak makan ayam percik. Jadi, kami pun naik motor dua orang, pergi ke Seksyen 8 Bandar Baru Bangi je. Dekat Kajang / Bangi / Serdang / Putrajaya ni, petang-petang waktu orang balik kerja dan nak ke bazar, kalau naik kereta... Alamatnya tersangkutlah.
Naik motor senang, vroom vroom sampai hehe...
Kami beli di Kak Lin Satay Kajang, nama gerainya. Selain sate, memang dia ada ayam percik. Ada nasi-nasi juga. Waktu ni, kami beli sate sekali, ayam percik, seorang satu.
Mantap rasanya, ayam dia pun besar. Cukup rasa.
SR rekomenlah gerai ni, memang sedap dan tak rugi membeli. Mungkin sebab tu, ramai je selalu pelanggan dia. Sesiapa yang dalam area yang sama dengan SR, ada masa 7 hari lagi nak raya ni, kut kut teringin nak makan sate sedap atau ayam percik sedap, boleh juga beli dekat sini.
Ayam perciklah fokusnya. Sebab sate, banyak je dekat sini. Daerah satelah katakan haha...
Okeylah, itu sahaja.
Dah beli baju raya? Kuih raya, buat ke beli?
Bulan puasa ni belum lagi dapat makan ayam percik. Terasa teringin la pulak, hahaha.
BalasPadamX dapat lagi makan ayam perccik..ada je orang jual tapi nampak x menarik..
BalasPadamAyam percik ada buat juga baru2 ni. Kak Lin dari Gerai Kak Lin KDABB ke....
BalasPadamTerbau aroma bakar2 tu.... dapnya!
BalasPadamBulan puasa tahun ni belum makan ayam percik lah, sedapnya. Agaknya hari biasa ada tak, kalau bukan Ramadhan.
BalasPadamSedap ni berbuka dgn sate...
BalasPadamBaju raya ✅
Kuih raya ✅
Tunggu nak balik raya je :D
Ok kalau ada tersinggah Bangi Seksyen 7.
BalasPadamWahhh..Sedap tu..DH lama x mkn ayam percik pasar mlm / bazaar =)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.