Assalamualaikum wbt
SR dah baca, dan wehh serius kalau korang suka cerita seram asrama, memang wajib try buku ni. Dari awal lagi vibe dia memang ada feel boarding school horror—yang ada bilik air sunyi, tilam asrama, dorm yang malam-malam rasa makin seram, semua cukup. Tapi yang best, dia bukan seram kosong, ada misteri yang buat korang nak terus baca.
Ezza, budak baru masuk asrama, tengah struggle dengan minggu orientasi. Tapi dalam banyak-banyak benda biasa pasal asrama, ada satu benda yang tak kena. Mula-mula kecil je, dia nampak ‘seseorang’ yang tak sepatutnya ada. Tapi makin lama, benda tu makin berani. Bila kawan-kawan cakap dorang tak nampak apa yang Ezza nampak, SR pun dah rasa seram sama.
Gaya penulisan Nazreez Redza memang santai, tak over, tapi cukup buat bulu roma naik. Dia bukan jenis terus balun jumpscare atau hantu melompat keluar, tapi dia bina tension perlahan-lahan. Korang sendiri pun macam nak tutup buku kejap sebab rasa ada benda tengok korang baca.
Lagi satu, dialog antara watak pun realistik gila, rasa macam korang betul-betul tengah duduk dalam dorm, sembang dengan budak-budak sekolah lain. Ada yang mulut laser, ada yang chill, ada yang buat lawak tak kena tempat... semua tu buat cerita ni hidup dan rasa real.
Paling SR suka, buku ni bukan sekadar seram kosong. Ada unsur misteri yang buat korang tertanya-tanya... betul ke ni semua gangguan? Atau ada benda lain yang lebih besar jadi dalam asrama tu? Setiap kali korang rasa dah tahu jawapan dia, ada benda lain yang buat korang ragu balik.
Pendek kata, kalau korang cari cerita seram yang bukan sekadar hantu terbang tapi ada plot solid dan watak best, SOSOK ni memang berbaloi baca. SR taknak bagi spoiler, tapi percaya lah, ending dia bukan yang korang expect.
Pada yang berminat nak baca, bolehlah dapatkan dari Nazreez Redza sendiri ya di 0177533729
Selamat mengulat buku
BalasPadamUncle pulak makin tua makin tak takut.... kenapa ye?
BalasPadamini yang ada di netflix ya filmnya kak?
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.