Assalamualaikum wbt
Sewaktu kami ke Ipoh dan menginap di Xscape Tambun tu, kami sempatlah mencuri masa sikit dan pergi makan di Restoran Nasi Vanggey di Ipoh. Selama ni, dengar orang aje review dan sembang berkenaan tempat ni. Ada yang kata sedap, ada kata tak sedap.
Maka marilah kami nak testing sendiri. Jom!
Restoran Nasi Vanggey ni terletak di:
Alamat: 1, Persiaran Greentown 5, Green Town Business Centre, 30450 Ipoh, Perak
Nombor telefon: 012-556 3727
Untuk location, boleh search je dekat Waze, atau klik SINI
Berbalik pada cerita, kami sampai ke sini dalam pukul 4 lebih petang. Kami datang lepas check in dan hantar beg masuk bilik dulu. Perut dah berkeroncong, itu yang terfikir nak makan di kedai yang agak popular di Ipoh, kami memilih Vanggey, walaupun ada beberapa cawangan dari kawan-kawan SR suruh cuba Kueytiow Dolly dan Mi Goreng Jaksak.
Masa kami sampai tu, orang tak ramai. Suasana kedai okey, redup je. Siap ada surau dekat dalam.
Dah pilih meja, kami pun nak ambil nasi. Hari tu, atau mungkin hari-hari? Ayam yang ada, namanya ayam vanggey. Ayam goreng tapi agaknya ada ramuan rahsia rempah dia. Yang kami tak berapa happy, ayam ada dua jenis je. Dada dan kepak. Huwaaa....
Pecinta paha dan thigh macam kami, kecewalah sikit. Rupanya, nasi vanggey ni seperti nasi kandar. Ambil ayam, kuah campur, ada sayur dan lain-lain lauk lagilah.
SR ambil tambahan sotong dan bendi. Anak-anak memang yang basic je. Tapi, anak-anak tak berapa enjoy makan di sini, sebabnya diorang memang tak makan pedas. Walaupun bagi kami tak berapa pedas pun kuah tu, tapi diorang bersiut-siut makan, masing-masing pijar dah di lidah dan bibir.
Aduh maafkan omak ye anak-anak...
Overall, SR boleh kata, rasa dia okey. Tak adalah terlalu lalu lalu sedap, tapi sedap juga kami mengayuh. Anak-anak memang tak habis, sebab nasinya banyak, kuahnya sedikit pedas. Ayam je kami paksa suruh habiskan.
Total makan berapa puluh ringgit entah. SR lupa. Sebab zaimi yang bayar ahahah...
Sekianlah review dan pengalaman makan di Vanggey Ipoh 😊
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.