Assalamualaikum wbt
#throwback
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 13 tahun SR bersama dengan zaimi dalam dunia perkahwinan ni. Lama, tapi sekejap. Syukur... Moga terus diberi rezeki jodoh ini.
Tarikh anniversary kami tu, kami sambut simple aje untuk tahun ni. Tak berapa nak ada mood juga nak beria-ia menyambutnya sebab kami ada exam. Haha... Maka, bawa anak makan sate dan dinner di Restoran Kelisa Bandar Baru Bangi ni aje. Lokasi dia betul-betul depan masjid kubah hijau di Bandar Baru Bangi ni, sederet dengan Hospital Az-Zahrah.
Sate dia tak berapa moist, tapi sangat lembut dan kuah dia sedap sesangat. Pertama kali juga sebenarnya kami makan di sini. Oklah, not bad. Makanan lain yang kami order pun, portion dia sangat besar weh. Jenuh menghabiskan.
Ayu pulak terus teringin nak makan Yong Tau Fu bila nampak ada stall dia dekat situ. Zaimi pun sama, terus teringin nak makan mi sizzling, yang turut ada dijual dekat situ.
Anak-anak pun dah besar, dah bukan fasa perlu diurus dan didukung. Teringat pula zaman mereka masih kecil, kalau ke mana-mana, mesti kena angkut plastik pampers dan beg susu. Siap bawak flask air untuk air panas.
Dah tinggal kenangan je dan zaman tu...
Ish tengok gambar sate ni, terus lapar. SR dahlah tengah puasa ni. Adududu...
Happy anniversary! Semoga berbahagia hingga syurga.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.