Assalamualaikum wbt
Cerita awal tahun hari tu, baru sempat naik ketik-ketik keyboard, nak buat modal untuk content blog yang sendu ni. Haha...
Kisahnya awal tahun haritu, zaimi belanja SR dan anak-anak makan di Me'nate Steak Hub, Bandar Baru Bangi, sempena birthday SR sendiri yang sudah ke 3x.
Sebenarnya, ini juga adalah kali pertama kami berlima ke Me'nate ni. Memang langsung tak tahu nak order macam mana. Tapi redah ajelah, bukan nak pergi makan free kan. Kami pun dah duduk, diberi buku menu. Tengok dan pilih masing-masing nak apa. SR dan zaimi, pilih nak makan steak.
Cumanya, kami tak tahu pula kena pilih daging kat depan dulu, ingatkan order dulu di meja.
Sekali waiter marah daa... Amboi waiter tu pun, garang kemain dia eh. SR cuma tak ingat nama dia siapa je. Malas nak panjang cerita, SR anggap je lah dia penat, dan dia fikir semua manusia di Malaysia ni memang tahu cara nak order di Me'nate.
Bukanlah semua waiter, adalah seorang tu je. Yang lain SR tengok okey je bekerja.
Semoga dia lebih tenanglah bekerja lepas ni, dan guide lah customer yang baru pertama kali masuk kedai dengan lebih tenang. Kami cuma tak tahu je yang kena pilih daging kat depan tu, bukan meminta makanan percuma.
Anyway, anak-anak memang order apa yang dia rasa dia nak makan. Diorang tak nak pun order steak, sebab masing-masing tak biasa sangat makan daging.
Amir pilih nak makan spaghetti yang ada meatball. Ayu pulak dia order box. Bagus juga dia order box ni, sebab memang selalu dia makan di kedai, tak habis. Jadi, bawak je balik makanan dia yang tak habis tu, dengan box tu.
Dalam box dia tu ada macaroni, roti, jagung, sosej, fries... Banyak juga isinya. Memang berbaloi dengan harga.
Adam pula order burger ayam. Tinggi betul burgernya. Pun ada fries dan sayur salad juga dia punya set ni. Adam memang dah mula makan banyak sekarang, dah masuk fasa remaja kan. Nasib baik habis dia punya burger tu.
SR pula, lepas dah pilih-pilih di depan, di peti ais daging tu, SR decide nak angus. Wagyu pun ada, tapi harga dia keras mat! Kendian kendian lah wagyu, tunggu gaji naik kali kedua nanti. Hahaha! Jadi, inilah steak angus SR.
Zaimi pun sama juga, cuma saiz daging dia besar sikit. Rasa dia memang sedaplah weh. Tak boleh dilupakan kesedapan steak Me'nate ni. Lembut je, cair di mulut. Agitew...
Air pula kami ambil kordial yang boleh refill tu aje. Senang. Sebab, anak-anak SR ni selalunya air tak cukup segelas. Nanti panggil waiter tu banyak-banyak kali, takut pulak sebab dia kan garang ahahaha...
Adeh... sampai hati waiter tu garang-garang dengan kami. Pengalaman satu dalam sejuta ni 😂
Itu ajelah nak cerita.
Berbaloi ke makan di Me'nate Steak Hub? Ya! Sangat berbaloi!
Tata!
sakitkan hati bile kite seronok2 nak tenang2 makan di kedai kene marah oleh staff yg garang.. dia ingt kita hari2 agaknye ke tempatnye.. hehehe..
BalasPadammungkin hari tu hari stress die sis.. moga2 amanla hati nye lepas ni.. ameeennnn
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.