Membawa ke sekolah menengah, SR tak sangka yang SR akan masuk ke 3 sekolah menengah berbeza.
Kawan di sekolah pertama dan kedua memang best dan sekepala, geng gila-gila yang KL itu kami yang punya. Memang waktu hari tuisyenlah, paling SR tunggu. SR dulu tuisyen setiap Sabtu, di Pusat Tuisyen Martin, di Pudu.
Jiwa remaja kan, biarlah naik bas hampir 1 jam pun dari rumah, asalkan dapat bersama kawan-kawan. Perjalanan pergi dan balik dalam bas intrakota, berdiri pun tak ada hal. Bersembang je kerja.
Sampailah waktu SR ke MRSM di tingkatan 4. Nah, baru celik mata. Baru tahu, masuk asrama ni tak seindah disangka. Bagus, tapi ada downside kalau tak pandai bawa diri macam SR.
Kesalahan SR adalah, SR orang KL.
SR kena palau tau, pergh seksa beb 2 tahun tak ada geng macam zaman sekolah menengah yang dua tu. Dari situ, SR develop sisi introvert SR.
Zaman berlalu, dah saling bermaafan, tapi sisi suka bersendirian tu kekal, tak boleh ubah. Sampai kawan sekolah lama ajak outing pun, SR tak hendak.
Malu pun ada, sebab SR tak ada geng baru macam diorang di sekolah baru.
Masuk zaman matrikulasi, zaman titik terendah. Memang teruk dan tak berguna sungguh diri ini. Result SPM 7A pun, tak function apa dah, sebab result matrikulasi hauk.
Cita-cita nak jadi orang KKM, SR lipat dan buang aje dalam tong, sebab memang tak layak.
Rupanya, Allah ada asbab dia. Dia lorongkan SR dari zaman MRSM tu, untuk SR ke Terengganu sewaktu peringkat U.
Zaman paling havoc, zaman SR paling lawa, semua masa ni. Ala kasi can lah nak perasan jap 😂
Masa ni zaman kenali dunia, dan kenali diri. Disebabkan SR dah ada ciri-ciri tak kisah tak ada ramai kawan, SR sangat happy dengan geng SR yang 5 orang tu.
Classmates yang lain pun, baik-baik belaka. Chill sungguh zaman U.
Tipulah tak teruja kan, bila dah ada lelaki mula nak ajak kawan, keluar makan, keluar jalan 😂
Tapi, rupanya jodoh SR ada dicelah-celah lelaki yang ramai-ramai tu, Zaimi.
Setahun tak kawan pun walau sekelas, tapi kawan dengan lelaki fakulti lain. Tup tup sampai suatu masa, terrrkawan.
Dari Disember 2006/Januari 2007, kami sambut birthday sama-sama. Walau kami lahir tahun yang berbeza, jarak birthday kami hanya 5 hari.
Ingat lagi birthday yang pertama kami sambut sama-sama, gigih beli kek kecil ada patung ultraman dan bear comel, bawa ke kedai tomyam. Potong berdua, makan berdua 😂
Patungnya, bawa balik!
Mula-mula tak letak apa-apa tag dan label pada hubungan, tapi masing-masing saling faham je.
Sampailah tahun 2025 ni kami 'berkawan' walau dalam perkahwinan. Dah 19 kali birthday, kami sambut sama-sama.
Cuma, tahun ni SR beritahu zaimi siap-siap, SR tak nak kek tahun ni. Sebab 9 Jan nanti dah ambil darah untuk temujanji diabetes dan darah tinggi!
Takottt!!
Yup, dah bertambah umur, siap ada pakej penyakit warisan keluarga (bukan harta yang diwariskan, aduh!) yang harus dijaga rapi.
Semakin hari, umur-umur baru ni, memberi lebih ketenangan dalam tindak-tanduk. Darah panas dah sejuk, akal cetek dah dalam.
Moga terus tenanglah SR di usia-usia baru.
Eh apa SR melalut pagi-pagi ni haha! KLMJ pulak kan! Tulis panjang-panjang ni, ada ke yang baca?🤣
Okeylah, take care!
selamat menyambut ulangtahun kelahiran..buat SR..semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...happy always, sihat selalu..and moga yg baik2 buat SR & family...aamiin
BalasPadamMoga usia yang bertambah, beri lebih kebaikan daripada sebelumnya. Saya baca yer sampai habis .
BalasPadamHappy Bday dear..Sama la..Dekat sekolah menengah dulu ade crush..Tp crush x pernah tahu..Tahu2 jmp Hata...Lain2 kolej plk tu..Dulu ramai tny either kami jmp masa study tmpt sama ke? Jwpn dia IDAK...=D
BalasPadamammi pun dapat harta peninggalan warisan keluarga itu...nak buat camna. terima jelah.
BalasPadambtw semoga bertambahnya usia, bertambahlah keimanan awak, bertambah semangat nak beribadat dan semoga diberikan kesihatan yang baik.
selamat hari lahir Syaz, semoga Syaz sentiasa di dalam keberkatan usia, dikurniakanNya kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga tersayang, aamiin
BalasPadamSanah helwah SR.
BalasPadamSemoga sihat & bahagia selalu.
Best je baca nukilan SR :)
tang UPSR tahun 1998. terus linda kira..linda UPSR tahun bila..hihihi
BalasPadamya SR, dah meningkat umur ni,malas nk sesak2 kan kepala
happy birthday syazni
BalasPadamHappy Birthday. Sihat ceria, murah rezeki selalu.
BalasPadamMasa memang takkan kembali, tapi kenangan tetap segar di ingatan. Semoga masa yang ada kini dimanfaatkan sebaiknya..
BalasPadamtahniah bertambah usia
BalasPadamHappy belated birthday SR semoga sentiasa sihat walfiat dan diberkati Allah swt dunia akhirat.
BalasPadamSenyum je... apa la yg difikirkan tu agaknya
BalasPadamSelamat merayakan hari ulang tahun Mbak.
BalasPadamBenar kata Mbak, masa itu sifatnya mengambil. Secara bilangan usia bertambah satu, tapi secara jatah hidup di dunia sebenarnya berkurang 1.
Semoga berkah di sepanjang usianya Mbak.
Salam,
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.