Assalamualaikum wbt
#throwback
Pergh lamanya post ni tersimpan di draf. Semuanya sebab kes gambar kami sekeluarga disalah guna oleh scammer keripto. Terus hilang mood nak sharing sharing di blog ni. Alang-alang dah tak ada modal nak update blog, marilah teruskan penceritaan. Haha... Semoga yang salah guna gambar kami tu terus cirit tanpa kesembuhan.
Anyway...
Kisah ni tarikhnya bulan JUN 2024 yang lepas tau.
Kami ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ni sempena cuti sekolah. Orang agak ramai, tapi okeylah. Tak adalah sampai tahap merimaskan. Untuk masuk ke dalam, tiada bayaran dikenakan. Jadi pada yang cari info harga tiket Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ni, jawapannya adalam RM0.
Pengunjung hanya perlu isi borang je untuk masuk, di mana seorang wakil je yang isi. Masa kami pergi ni, zaimi je yang isi.
Pintu masuk Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Pahang |
Dah sampai ke sini, memang banyak abadikan gambar je lah. Dari sebelum masuk, sampailah ke dalam. Dekat luar pun ada mural gajah yang cantik. Kami yang gajah ni pun bergambarlah bersama anak-anak yang tak berapa nak gajah.
Hahaha!
Jadi, pada yang mencari tempat menarik untuk dilawati di Pahang sempena cuti sekolah, bolehlah consider untuk ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Di kawasan foyer dia pun, cantik dan penuh informasi. Di samping anak-anak teruja nak tengok gajah, diorang juga boleh belajar sikit-sikit maklumat fasal gajah. Maklumat banyak, belajar sikit sebab masing-masing baca sikit-sikit je, sibuk nak berlari ke dalam dah. 😂
Borang yang wakil keluarga isi tu, kena dihantar semula ke kaunter di foyer. Di situ, staf akan bagi 1 gelang (tiket) untuk dipakai oleh seorang je wakil keluarga. Boleh juga beri sumbangan seikhlas hati untuk pusat konservasi ni.
Untuk kitorang, gelang tu kami bagi adam yang pakai.
Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre |
Trip kami di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dimulakan dengan menonton video berkenaan kes pemindahan gajah liar di Malaysia. Lama juga, tapi nicelah video dia. Kalau dia guna subtitle Bahasa Melayu lagi better, sebab audio dah English. Ini subtitlenya bahasa yang SR pun tak faham, bahasa apa 😅
Jenuh nak translate dekat anak-anak, dahlah sepatutnya tak boleh bisinglah kan sebab orang nak tengok video. Tapi tak apa je, semua berjalan lancar.
Habis tengok video dalam 30 minit, kami pun menuju ke tempat nak tengok gajah. Tapi ternampak pula orang jual makanan, dah budak-budak ni auto lapar. Makan singgahlah makan dulu jap. Makan cucuk-cucuk macam tu je.
Selpi jap. Sapa curik gambar ni dia monyet. |
Settle isi perut ala kadar, kami pun ke tempat gajah. Ayuhlah. Ada juga jualan untuk bagi gajah makan. Adam pun beli sikit sebab nak bagi gajah makan. Sayur-sayur makanannya.
Bagi SR, suasana di keliling kandang gajah ni sangat menenangkan. Dengan pokok-pokoknya, dengan awan yang cantik masa tu... Rasa damai. Seronok tengok gajah tu menjulur-julur belalai dia melayan pengunjung yang tengok dia.
Lepas tu, kami terus bergegas nak tengok persembahan gajah, dan juga gajah mandi. Haa, dekat sini, dapat tengok gajah mandi sungai secara live tau. Bukan selalu dapat tengok gajah mandi. Korang pernah tengok ke gajah mandi? Pernah? 😂
SR tak pernah. Itu yang kami jalan laju-laju ahahah.
Gajah tengah syok mandi bersama coach memasing |
Settle mandi, gajah akan ke pentas untuk buat persembahan. Maka kami pun turut bergegas untuk ke pentas pulak. Orang cepat betul memenuhi kerusi yang ada. Kami duduk di belakang aje dulu, kasi can yang ada bawa baby untuk duduk di kerusi.
Lama juga persembahan gajah-gajah yang bijak-bijak tu tau. Macam-macam skill yang ditunjukkan. Memanglah betul, gajah ni haiwan yang bijak dan genius.
Kesemua gajah ni ada nama-nama dia. Siap dengan umur sekali diberitahu. Tapi, SR dah lupa. Haha! Nanti kalau korang pergi, catit tau nama-nama gajah tu hehe...
Alamak sama saiz dengan gajah ! |
Habis je persembahan gajah tu, lepas ambil gambar sikit, kami pun gerak balik. Sebab hari pun dah petang sangat. Dalam perjalanan balik, kami singgah makan di Lemang To'ki. Akhirnya dapat juga SR merasa lemang To'ki tu. Boleh tahan sedap tau, lemang dan rendang dia. Yums!
Alhamdulillah, berjaya juga kami bawa anak-anak berjalan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Memang dah plan lama, tapi tak berkesempatan. Bolehlah tick 1 lagi tempat menarik di Malaysia ni yang kami dah pergi.
Okeylah, sekian throwback!
Cie pergi jugak tahun lepas tak ingat bulan berapa. Banyak kali jugak dah ke situ.
BalasPadamPernah ke Kuala Gandah masa Dania kecik dulu. Ada seekor gajah betina yang diselamatkan di Sungai Siput, Perak dinamakan Siput. Lemang To'Ki tu sedap tapi ramai betul orang situ.
BalasPadamIni memang tempat yg uncle teringin nak sampai.
BalasPadamTQ review ni. Lagi semangat!
Akak tak boleh pegang ke gajah tu? Kalau Cuya nak ajer pegang hehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.