Assalamualaikum wbt
#throwback
Marilah throwback ke sehari sebelum hari lahir emak SR yang ke 64 tu. Ya masih entry throwback, sebab banyak draft gais. Haha!
Malam sebelum hari kami beli kek tu, SR dan zaimi bawa emak dan abah untuk makan-makan sempena birthday emak. Mula-mula plan nak ke bandar Kuantan, tapi disebabkan sebelah pagi tu kami dah penat, jadi decide untuk makan di Balok aje. Tak jauh sangat.
Penat apa? Penat sebab pergi tengok adam main bola tampar di Bukit Rangin. Pada yang dah baca entry tu, mesti ingat SR pernah cerita.
Berbalik pada birthday dinner, masa tu, SR cari-cari kedai melalui TikTok dan FB. Sebab SR kan tak duduk di Beserah ni, makanya SR tak tahu kedai mana yang ok, kedai mana yang tak ok. Baiklah kita tengok review dari orang ramai kan.
Scroll punya scroll, ternampaklah Alinaa Cafe ni. Tengok review power juga, dan ada 1 menu dia yang memang rare dan jujurnya SR tak pernah pergi kedai yang ada menu tu. So, marilah ke sana!
Dan marilah SR cerita sikit pengalaman dan review untuk Alinaa Cafe ni dari SR pula. Kita try!
Sebab dah plan nak makan western, SR memang suruh semua order western. Adam dan amir tu bukan boleh harap sangat, kadang-kadang selamba je order maggie goreng. Wakakak! Jadi, baik pesan awal-awal, order yang bercirikan western!
Siap masing-masing order, tunggu tak lama sangat pun, makanan pun sampai. Puas hatilah sebab portion dia besar, harga dia harga Balok. I is lurvvee...
Zaimi, amir dan adam ambil chicken chop. Kuah boleh pilih, nak mushroom atau blackpaper. Zaimi memang akan go for blackpaper seperti biasa, anak-anak ambil mushroom sebab diorang tak suka sangat pedas.
Abah SR ambil spaghetti lamb shank, SR ambil Cheesy Chicken Grill. Ayu pula sebab dia dah makan di rumah sebelum tu, dia tak nak makan sebenarnya. Tapi akhirnya dia ambil Sosej Jumbo Cheesy. Kenyang dia makan, besar betul sosej dia!
Emak SR pula ambil Fish and Chips, dah agak sebenarnya, sebab itu menu fav dia. Haha. Menu rare yang SR maksudkan tu ada depan emak SR tu. Air jumbo dinosaur. Besar gilaaa dia punya gelas, dan memang untuk 8-9 orang. Ada macam-macam perisa, tapi SR ambil yang dragon fruit.
Memang tak order air lain dah, tambah minta air kosong je. Masing-masing minum aje lah air tu ya! Hahaha!
Besar kan air tu! |
Sudahlah besar, isinya tak kedekut langsung. Penuh dengan macam-macam, ada aiskrim, nata de coco, laici, buah naga, jelly, selasih... Rasa ada banyak lagi isi dia weh.
Air tu tak habis, kami siap bungkus bawak balik, sambung minum esoknya pulak haha! Total makan di sini malam tu, RM200+. Lupa exact figure. Sedap dan bagi SR harganya berbaloi, kena pula dengan ruang makan dia yang condusive.
Jadi pada yang mencari kedai makan sedap di Balok, atau kedai makan western di Balok, bolehlah try ke Alinaa Cafe ni. Waze je, insyaallah jumpa. Hehe...
Tata dulu!
Eh, dah join Mini GA SR?
haha..besar betul air tu..cukup untuk semua orang. nak juga try sini nanti..kedai pun cantik
BalasPadamHarga untuk ...RM200+. masih ok juga tu...yang pentimg sedap dan puas hati.
BalasPadamBesor benor air dragon fruit tu... Mmg puas la.. nampak mcm best boleh try Alina Cafe ni kalau Kuantan bulan depan.. alhamdulillah nampak sihat mak ayah moga diberkati usia mereka amin..
BalasPadamMurahnya semua makan western dgn air besar bas tu baru 200+.
BalasPadamAir jambo dinosour tu kalau dapat bulan ramadan memang puas hati!
BalasPadamSelamat menjamu selera.. Seronok sekali sekala makan luar bersama keluarga.
BalasPadamBoleh la try makan sini nanti kalau ke kuantan. Besar betul air tu memang kembong perut tu kalau habis semua tu.
BalasPadamSelamat menjamu selera
BalasPadamSemua menu menyelerakan ..
BalasPadamwahhhh besar betul gelasnyaaa hahaha
BalasPadamtapi berbaloi dpt minum ramai2 mcm tu...
air pun nampak sedapppp
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.