Assalamualaikum wbt
Beberapa minggu lepas, SR dan zaimi ada bawak anak-anak ambil angin sekejap di Pantai Saujana Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kebetulan sedang hangat yang khemah biru dah tak boleh pacak di Teluk Kemang masa tu. Tapi, Pantai Saujana ni bukan Teluk Kemang. Ia adalah pantai yang lain di Port Dickson. Tapi, masa kami dekat sana, SR ternampak papan tanda ni.
Notis pemakluman larangan perkhemahan, nilai kompaun adalah seribu ringgit Malaysia.
Patutlah dah tak nampak ada khemah-khemah kecil, selalu golongan family ada juga pasang. Tapi masa kami dekat siniasa tu, memang tak ada.
Bright side, cantiklah pantai punya pemandangan. Yang nak berkhemah, ada je kawasan dekat hujung sikit yang port orang pacak khemah ramai-ramai tu, mungkin di situ dibenarkan.
SR sebenarnya tak pernah lagi berkhemah yang sehingga bermalam dekat tepi pantai dengan anak-anak. Macam takut pun ada haha!
Sebenarnya tak ada apa pun yang perlu ditakutlan kan? Tapi SR yang fikir macam-macam. Padahal zaman belajar di UMT dulu, elok je gangster perangai SR tidur dekat dalam khemah di tepi pantai, sebab masa tu kami ada trip di Tanjung Tuan, mencari sampel 😂
Tapi, memang gonjenglah khemah masa tu. Tak selesa ya amat. Tidur memang tak lena, sakit badan sebab nipis lantai khemahnya. Tapi muda lagi masa tu, umur baru 20 kan, jadi tak adalah mengeluh sangat.
Kalau sekarang? Mau 3 hari MC sebab sakit urat!😂
La.. Khemah camping pun tak boleh ke? Ingatkan khemah biru je.
BalasPadamNampak bersih betul pasir pantainya
BalasPadamBagus buat macam ni, tak pernah pergi tapi sellau tengok gambar dah macam kat pasar malam dibuatnya, hahaha.
BalasPadamBila ada amaran gini memasing seram la jugak kan, bagus la kan kalau tidak penuh kemah tepi pantai
BalasPadamPantai untuk dinikmati view cantiknya, kalau ada khemah yang block view pantai, tak best lah kan.
BalasPadamHahahahahah betuuuul lah SR. Duluuu saya pernah ikut kemah dengan Pramuka . Tepi pantai juga. Saya jadi tahu kalo pantai panas di siang hari, tapi ternyata malam sejuk gilaaa 🤣🤣. Cuma tak lena lah... Sakit badan 😅. Itu trakhir kali saya kemping. Tak nak lagi
BalasPadamla ni nak camping kena sewa camping site
BalasPadamElok juga... tapi kena sediakan kawasan camping lah
BalasPadamPantai Saujana ni di batu berapa agaknya? Ammi pernahlah pacak khemah unta di Pantai Cermin...sekadar nak santai-santai je
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.