Assalamualaikum wbt
Sambil kita doa untuk diri sendiri dan ahli keluarga, marilah kita selitkan sedikit doa untuk kawan-kawan dan sahabat handai kita.
Untung orang yang ada ramai kawan, yang ada bestie... SR tak ada bestie selain zaimi. Dialah kawan SR yang paling rapat. Kawan-kawan lain tu ada, tapi kawan biasa saja.
Dulu sebelum kenal zaimi, adalah geng geng masa belajar kan. Alhamdulillah sampai hari ni masih contact. Cuma, jarang sangat berbual.
Mungkin sebab tak ada things in common, dah tak ada mutual interest. Kadang SR rasa, SR lebih banyak communicate dengan rakan blogger berbanding diorang.
Di tempat kerja pun, SR tak join group sekawanan geng lunch etc etc tu... SR kawan je dengan semua sama adil. Biarlah... SR suka macam tu, jadi tak awkward bila tiba-tiba semeja dengan 'mangsa' umpatan geng geng... Oops...
Diorang nak umpat SR pun, ikutlah. Tempat kerja is tempat kerja.
Rakan-rakan sama menulis fiksyen pun, tak selalu sangat menyembang. Masing-masing busy dengan manuscript dan hidup sendiri.
Di UPM pula, rakan-rakan seperjuangan postgrad, dan staf UPM yang banyak membantu, pun sekadar berbual benda yang penting saja.
Mungkin SR yang tak pandai berkawan sampai boleh lepak kopi-kopi dan holiday sama-sama tu kot. SR lebih suka habiskan masa di rumah, bersama anak dan dengan zaimi.
Tapi, kalau melalui Whatsapp/ Facebook / Online, SR sangat suka berkawan 😂
Apa-apa pun, semoga semua kawan-kawan dan kenalan SR berada dalam lindungan rahmat Allah.
Tata!
Akk pun skrg byk berbual dgn kawan² blogger je 😄
BalasPadamApapun saling mendoakan itu sgt baik, mudah-mudahan semuanya dlm keadaan baik belaka
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.