Assalamualaikum wbt
Dua minggu yang lepas, adam wakil sekolah dia ke Selangor Education Summit 2024 di Setia City Convention Center. Sebabnya, adam terpilih untuk mewakili sekolah dia, dalam pasukan untuk pertandingan robotik Line Tracer.
Walaupun jauh, zaimi hantarlah juga. Pagi-pagi gelap lagi, dua beranak tu dah bergerak ke sana. Perjalanan 1 jam juga dari rumah kami ni.
Sampai sana, daftar dan tunggu sekejap, cikgu dia pun sampai. Kawan-kawan pasukan dia pun memang dah ada. Acara dimulakan dengan bengkel STEM robotik dulu. Di bengkel tu, semua peserta dari semua sekolah yang bertanding, akan diajar dulu cara-cara nak guna coding untuk gerakkan robot lego mereka.
Kebetulan, adam memang dah tahu sikit berkenaan coding. Sebabnya, dia selalu main Scratch. Scratch ni adalah website di mana budak-budak boleh bina game diorang sendiri, dan boleh dimainkan oleh semua pelayar website tu.
Jadi, dia dapat tangkap apa yang instructor terangkan dalam bengkel robotik tu, alhamdulillah...
Zaimi ada rakamkan video robot lego pelajar bergerak dalam bulatan, tapi susah pulak nak upload dalam ni. Haha! Omak taka pandai coding!
Di penghujung pertandingan, pemenang diumumkan. Sekolah yang menang akan dapat set pembelajaran robotik yang berharga around RM3000 (SR tak ingat exact figure, ampun!), dan murid dapat sijil penyertaan untuk PAJSK.
Mungkin rezeki adam dan pasukan sekolah dia, mereka dapat Johan untuk Pertandingan Line Tracer tu. Tak sangka betul! Dahlah peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah... Syukur...
Dapat sijil penghargaan, dan sekolah dapat plak johan. Anak-anak pula, dapat medal johan yang kalung di leher.
Isnin berikutnya, di sekolah, Adam dapat sijil dan medal tu secara official dari guru besar dan diadakan di perhimpunan sekolah. Sijil dan medal tu cikgu pegang dulu selepas tamat acara di Setia City CC tu. Dan, dapat juga RM50 dari pihak sekolah.
Alhamdulillah rezeki anak omak...
Moga terus dapat banyak lagi pengalaman yang manis-manis buat semua anak-anak omak. Semoga segala yang diterima itu, memberi manfaat pada anak-anak SR...
#coretankenangan
Tahniah Adam!
BalasPadamTinggi dah dia, nampak tinggi dari cikgu dah 👍🏻
Lagi tinggi dari yang menyampai hadiah! Tahniah!
BalasPadamWah keren nih Adam. Sudah pandai create robot dan sudah pandai juga coding.
BalasPadamSelamat atas prestasinya. Pasti sebagai ibu tentunya Mbak bangga atas prestasi ini.
Jadi ingat anak pertama saya. Waktu kuliah ia suka dengan robotik, tapi sekarang malah kerjanya ke software, menjadi staff IT di perusaah farmasi.
Salam,
Alhamdulillah! Tahniah Adam
BalasPadamCongrats Adam 🎉🎉. Banyak anak skr yg memang dah familier dengan coding dan robotic ya SR. Tapi memang zaman pun dah digital, hal2 yg begini sebaiknya memang dikuasai anak2. 👍
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.