Assalamualaikum wbt
Pengalaman sambung pengajian ke peringkat phd ini amat mengelirukan buat SR. SR macam tahu, tapi tak tahu. Rasa tak tahu, tapi tahu.
Rasa kuat, tapi tak kuat. Rasa tak semangat, tapi tetap semangat.
Rasa ramai yang seperjuangan, tapi selalu rasa lonely dalam perjuangan ini. Rasa macam tak ada siapa-siapa sepanjang perjalanan ini, tapi ramai je kenalan lama dan baru sentiasa menjawab pertanyaan diri.
Rasa SV tak peduli, tapi sebenarnya banyak SV dah bukakan jalan. Rasa SV tak garang, tapi time nak jumpa dia gemuruh tak usah ceritalah.
Rasa dah baca banyak paper, tapi masih rasa tak cukup. Rasa tak bertanggungjawab sebab tak membaca dan menulis setiap hari, tapi diri ini tidaklah duduk goyang kaki sangat di rumah.
Rasa otak dah karat, tapi macam makin matang buat keputusan bila berdepan krisis. Rasa bijak sangatlah sebab dah level postgrad, tapi kebanyakan masa, lab staf dan budak master juga yang tolong bagi penyelesaian.
Apa ni?
Apa rasa ni?
Ada hari, SR rasa nak hiatus dan pindah planet lain. Fakoflah semua yang sedang diusahakan.
Ada hari, SR pulun dari pagi sampai petang, tergeliat pinggang punya nak buat sesuatu.
Bila apa yang SR buat jadi, SR takut, eh, betul ke jadi ni?
Bila apa yang dibuat tak jadi, takut juga, haa kenapa tak jadi ni?
Apa ni?
Apa rasa ni?
Nak quit, bimbang beri contoh quitter pula pada anak-anak.
Nak teruskan, kelam juga, macam mana kalau akhirnya tak dapat? Nauzubillah...
Selalu terfikir, kenapalah aku gatal sangat nak sambung phd ni? Aku nak kejar apa?
Tapi selalu juga terfikir, kalau aku tak sambung, macam mana dengan kedudukan aku sebagai kerja yang buat sekarang?
Apa ni?
Apa rasa ni?
Ada masa aku berdoa sampai meleleh hingus dan air mata atas sejadah. Ada masa aku kelu depan Allah. Aku tak tahu nak cakap apa dengan Dia.
Dulu, aku berdoa bukan main, nak biasiswa tu, nak kelulusan cuti belajar tu. Aku nak nak nak nak nak sangat jadi mahasiswa doktor falsafah ni.
Sekarang? Aku malu dengan Allah. Dia dah bagi apa aku nak nak nak nak nak sangat tu. Tapi?
Aku harap, Allah swt kurniakan apa yang impikan, walau perjalanan dia punyalah berliku-liku untuk aku.
Aku tahu, Allah nak aku jadi lebih penyabar dan bijak mengurus hidup.
Aku sentiasa bersangka baik dengan Allah swt, berdamai dengan segala ujian besar dan kecil. Rezeki-rezeki lain pun kadang aku lupa nak syukuri. Terutama rezeki yang berkait dengan anak-anak.
Alhamdulillah...
Apa ni?
Mungkin inilah cerita yang sedang dikarang, yang akan jadi sebuah kisah klasik SR, di hari tua nanti.
Dapat ke PHD?
Entahlah. Harap-harap dapat.
Doakan SR ya?
SR
38y11m
5.12.24
Kajang
Terus gugel maksud 'hiatus'
BalasPadamOrg cakap nak raih PhD ni sangat mencabar & memerlukan pengorbanan yg besar. Semoga dipermudahkan urusan SR. DOA Akak sentiasa utk SR & semua pejuang PhD lain 🤲🏻
BalasPadamSA rasa perasaan tu biasa SR...insyaallah..SR mampu habiskan PHD...doa banyak- banyak semoga dipermudahkan ye..
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan SR dan in syaa Allah akan ada jalannya. Allah sentiasa bersama kita jgn putus asa. Banyak doa dari insan2 baik yg dilangitkan utk SR.
BalasPadamSend you a virtual hug 🤗🤗. Saya belum pernah di posisi ambil PHD macam SR. Jadi tak merasakan pressure nya seperti apa. Hanya saja, harap2 SR bisa strong lagi untuk mencapai PhD yg dikejar.
BalasPadamPastilah ada masa di mana kita nak give up. Tapi mungkin dengan menanamkan mindset, 'sebentar lagi, pasti biasa' itu dapat menolong.
If it doesn't kill you, it makes you stronger 💪💪
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.