Assalamualaikum wbt
Baru-baru ni SR dan zaimi ada pergi makan mi Cina di Salam Noodles, Presint 15 W. P. Putrajaya (klik untuk LOCATION). Ada kawan zaimi yang recommend, bagi tahu kata kalau nak makan mi Chinese style, bolehlah cuba ke Salam Noodles ni. So, why not, jomlah kita.
Kedai dia ada aircond tau, jadi taklah panas. Cuma, kedai dia ni di corner lot, dan kalau datang waktu lunch ketika weekdays, azab juga nak cari parking. Kami pusing 3 kali, baru dapat. Nak bayar parking pun 1 hal, sebab kena guna FlexiParking. Jadi, install lah siap-siap.
Masuk je Salam Noodles ni, teruslah ke kaunter. Order dekat kaunter. Ada menu juga di situ. Bolehlah pilih-pilih dekat situ. Bayar terus pun dekat situ je.
Di Salam Noodles ni, kalau beli makanan harga lebih dari RM7.90, dapat air percuma tau. Ambil sendiri ais dan air dekat kaunter air di sebelah kanan kaunter. Best kan? SR yang kuat minum air ni, memang sukalah. Jimat dah dekat air, siap refill beberapa kali lagi. Hehe...
Ada air gas, air kordial dah teh Cina juga. Cuma hati-hati, dekat situ ada periuk dia goreng pie. Panas sikit.
Dalam kedai ni juga, ada banyak je seating dia. Jadi, bolehlah pilih nak duduk mana. Nak duduk kerusi sofa boleh, nak kerusi biasa boleh. Kami duduk dekat tempat yang terselindung sikit. Maklumlah nak dating. Ahahah!
Tak ingatlah nama mi yang kami order, tapi zaimi ambil yang berkuah, SR ambil yang goreng. Gittew... Tapi, sesiapa yang tengok atau survey dulu menu dan harga makanan di Salam Noodles ni, bolehlah tengok di SINI. Ada disenaraikan dengan lengkap dekat situ.
Selain mi, zaimi juga belikan SR chicken pie dan beef pie untuk kami berdua makan. Maklumlah, kami underestimate kemampuan mi untuk mengenyangkan kami. Rupa-rupanya, memang kenyang gilaaa lepas makan mi tu 😂
Jenuh telan beef pie dengan chicken pie. Tapi sedap ssangat-sangat tau pie tu. Dia hidangkan panas-panas.
Posing makan |
Pie ayam dan daging |
Bolehlah sesiapa yang teringin nak makan, dan berada berdekatan, cuba ke Salam Noodles ni. Kami datang sini ikut Sungai Merab, lebih dekat dan tak jem. Jadi, tak payahlah masuk ikut jalan utama ke Putrajaya melalui bulatan besar dia tu.
Jadi, pengalamannya macam mana? SR boleh katakan, nice experience! Mi sedap, dan yang paling SR suka adalah pie dia tu. Repeat? Yeah, why not!
Sedap kan. Kami pergi bulan lepas. Beef pie tu kami tapau sebab dah kenyang. Memang sedap.
BalasPadamNice...Nnt free2 bleh gi..Tp jauh dr rumah ni =D
BalasPadamOkey masuk wishlist..memang nak pi outlet yang kat sini...
BalasPadamSelamat menjamu selera..
BalasPadamPie nya macam beef pie yg saya coba di bukit bintang 😍😍😍. Mungkin next ke KL saya beli yg di salam noodle sini saja. Yg di bukit bintang saya antri hampir 1 jam utk beli karena ramaaaai 🤣.
BalasPadamDia tulis kat poster tu semua sedap
BalasPadamWarna birunya teringatkan kopi la pulak!
BalasPadampenah plan nak makan ke sini tp smpi ke sudah tak pegi2 hahaha
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.