Assalamualaikum wbt
#Throwback
Lama betul entry ini terperam di draft. Semuanya sebab kes gambar keluarga SR dicuri pakai oleh golongan musibat. Nak taip entry ni pun, fikir banyak kali juga sebenarnya. Sangat menjejaskan mood blogging SR.
Anyway, cerita ni masa bulan 6 hari tu. Kami singgah makan di Tanah Aina Fareena Cafe ni, sewaktu perjalanan balik dari percutian kami di Bentong, Pahang. Dah selalu sangat lalu di sebelah, dia, tiap kali kami guna LPT. Baru ada rezeki nak singgah.
Kawasan parkir dia agak luas. Lepas park, kami kena jalan bawah lebuh raya untuk ke tempat makan. Jangan risau, sepanjang berjalan tu, dia dah buat trail cantik tau!
Dalam 10 minit berjalan (sebab menikmati pemandangan), kami pun tiba di restoran Tanah Aina. Memang cantik deko dan terasa sangat nature ya di dalamnya.
Memang sangat terasa naturenya. Makan ada bunyi sungai, bungi unggas hutan. Mata tengok hutan masa makan, tapi dalam restoran ada vibe mewah... nice! Menu dia pun ada pelbagai jenis, lama juga kami fikir, nak makan apa. Semua terasa nak order sebab kebetulan memang tengah lapar bebenor!
SR dah tak ingat nama-nama menunya, tapi SR ingatlah yang SR ada ambil teh o panas dan butter kek. Kek tu sedap ya amat, sebenarnya tak cukup 1 SR makan tu hahah!
Adam di mana-mana pun tetap teh o ais |
Ada churros |
Nasi goreng dalam lesung batu |
Mi sup |
Burger ayam |
Chicken Chop |
Ada tandas, jangan risau! |
Dah siap makan, kami turun celup-celup kaki di air sungai sekejap. Sejuk bangat airnya. Ada ikan-ikan kecil tengah berenang macam tak ada masalah dunia.
Tapi tak berlama-lama sangat pun, sebab kami kan dalam perjalanan balik rumah masa ni. Badan pun dah penat juga sebab semalamnya kami ke Kuala Gandah. Dan, yang paling potong mood, tengah kita celup-celup kaki, ada pula yang sedang tukarkan pampers anak dekat sungai tu.
Adeh...
Padahal ada je tandas. Sabar je lah.
Makan memang banyak dan macam-macam, portion dia pun banyak gais, memang tak kedekut punya! Plating dia pun cantik, level-level hotel punya style. Pengalaman makan yang lain dari yang lainlah, sebab kami ni selalu makan kedai mamak dan tomyam je 😂
Total kami makan masa ni adalah RM199. Bagi SR harganya okey dengan estetik dan kesedapan makanan.
Insya Allah, ada rezeki lebih, bolehlah singgah lagi 😎
Alamat: Lot 6073, 54.3km, Lebuhraya Karak, Kampung Lentang, 28600 Bentong, Pahang (09-233 9112)
Bestnya tempat ni tapi ada pulak makhluk buat tak best ya. Seronok nampak anak³ SR.
BalasPadamKami hari tu dah pi situ tengok suasana menarik. Part harga tu memang sekali sekala boleh la. Tapi kalau portion banyak berbaloi la.
BalasPadamtak pernah sampai sini cantik tempatnya
BalasPadamTeringin juga nak ke sini. Harga macam tu kena kira tempat yang secantik ini juga kan.....memang tenang la makan kat sini Syazni.
BalasPadamkak ana selalu juga lalu lalang Tanah Aina ni SR tapi belum ada rezeki nak singgah, Teringin sangat, In Syaa Allah satu hari nanti sampai mudah-mudahan.
BalasPadamNampak sedap-sedap makanannya. Selamat menjamu selera.
BalasPadamcantik cafe nya..menu pun semua nampak sedappp
BalasPadamInsyaallah nak Coba juga kalo ke pahang.
BalasPadamMemang baguuus, saya suka interior dia yg bertema kayu dan alam. Kayu ini selalunya membuat vibe hangat dan homey.
Makanan pun terlihat sedap. Memang gawat kalo pergi makan di saat lapar, rasa nak pesan semua kan kak 😄.
Aiiiish, kenapalah tak tukar Pampers anak di toilet kan. Saya pun akan sebal kalo ketemu yg seperti ini
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.