Assalamualaikum wbt
Dah nama pun duduk di Kajang sekarang kan, makanya tak susah nak cari sate sedap di sini. Kami pernah makan di macam-macam kedai sate, SR je yang malas nak update blog. Haha! Okey, kali ni SR share, kedai sate sedap di Kajang, specifically di Sungai Merab. Kalau kedai-kedai sate ternama tu, rasanya semua orang tahu. Ini kira sate YTJT. AGitchew...
Petang semalam, memang kami tak rancang pun nak makan sate, cuma rancang nak makan malam di luar aje. Tapi lepas dah borak-borak dalam kereta, kami pun decide nak makan sate. Sebabnya, sate-sate jenis YTJT di Kajang ni, saiz dia gomok-gomok tau!
Besar dan mengenyangkan! Campur pulak dengan kuah kacang dan nasi impit. Memang tak perlukan nasi dah. Di Miias Seafood ni, ada kedai sate yang attach bawah 1 bumbung, tapi pengurusan lain. Kiranya kalau nak makan sate, order dekat situ, bayar pun dekat situ. Tak bayar sekali dengan nasi, air etc yang korang beli di Miias Seafood ni.
Nama kedai sate tu, Satay Balqis.
Untuk tekak SR ni, sate dari Satay Balqis ni sedap gila. Moist moist, tak kering. Kuah kacang dia pun mantap, saiz secucuk sate dia pun besar. Berbaloi dengan harga dia yang tak mahal (standard). Tak percaya? Tengok sendiri 30 cucuk sate ayam kami semalam ni.
Besar kan kan kan? Makan pun tak rasa muak. Just nice adunan rempah dia. Serius tak tipu. Dia tak bayar SR pun untuk review ni tau hahah! Kalau nak makan nasi goreng ke, tomyam ke, boleh order dekat Miias Seafood tu aje.
Macam anak-anak SR semalam lah. Masing-masing pakat ingat perut tu besar sangat. Tiga-tiga order nasi goreng. Nah... Kan dah tak habis. Perut masing-masing dah penuh dengan sate!
Miias Seafood ni pun agak luas kedai dia, parking pun ada. Tak bersesak sangat. Cuma, kena slow sikit bila dah dekat sampai, takut terlepas simpang. Sebab lokasi dia sebelah selekoh.
Air kosong layan diri, ada otak-otak yang akan diletak atas meja (bayar jika makan) dan bayaran pun boleh cashless. Itu antara info tambahan untuk kedai makan ni. Kami lima beranak memang seadanya je semalam, duduk makan sambil sembang-sembang je.
Ayu semangat mintak air laici ais, tapi rasanya dia makan laici tu 2 ketul je, seketul SR makan, ada baki 2 ketul lagi lupa nak dihabiskan. Sayang je.
Adam pula mintak Milo Air Tabur. Tak sampai 3 minit, dah habis segelas disedutnya. Memang sangat kuat minum air budak adam ni. Amir terorder teh ais. Kami pun lupa yang dia tak boleh minum teh ais. Lepas minum teh ais, mesti perut dia sebu. Silap hari bulan, boleh muntah. Adehh...
Memang betul pun, malam tadi dah menggelupur sakit perut dan loya, orang lain elok je tak ada apa-apa. Confirm, penangan teh ais!
2 beradik yang selalu bodek ayah, macam-macam nak dicukainya |
Abang yang dah semakin hilang muka baby dia... |
Lepas siap makan, bayar dan balik. Dah nak buat apa lagi kan? Hahah... Ni SR tepek info Miias Seafood ni sikit, kot ada yang mencari satay sedap di Kajang:
Alamat: Lot5060, Jalan Sg Merab, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Bangi, SelangorWaktu OPerasi:Opens 4:30 pmTelefon: 019-339 8000Lokasi: KLIK
Okey gais, tata dulu!
Yes..satay situ memang sedap dan gemuk gedembol..hehehehehe..
BalasPadamAduhhh...nampak sedap satay tu ha...kena cari la ni...
BalasPadamOhhh ok ok boleh try nanti ni.
BalasPadamThank you share spot best nak makan satay hehe
BalasPadamsate ayam sedapp., ;p
BalasPadamArea sini memang banyak sate kan?
BalasPadamSaya pun dah jarang update blog. Tenggelam timbul. Cerita ada tapi itulah kan, writer's block. Sate ni belum pernah cuba lagi. Dulu pernah makan area Sg Ramal Food junction tu. Tak ingat sudah. Abadam dah nampak matang dah dia.
BalasPadamboleh try nanti. kalau kuah kacang sedap baru best makan sate.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.