Assalamualaikum wbt
Semalam tinggal SR berdua saja dengan adam. Zaimi outstation ke Perak, dia bawak sekali Ayu dan Amir. Kebetulan, hari ni (Isnin), adam ada peperiksaan UASA, bermula dengan subjek Pendidikan Seni Visual. Cikgu dia dah bagi beberapa soalan untuk dia pilih, nak jawab yang mana Isnin tu. Dan nak jawab soalan tu, adalah beberapa barang yang kena beli. Maka keluarlah kami dua beranak.
Malas nak jauh-jauh, dan malas juga nak berjalan di kedai besar-besar. Alang-alang nak singgah makan tengahari terus, jadi SR ajak adam ke Evo Mall Bangi aje. Mula-mula dia malas nak keluar, biasalah, nak main Mobile Legends aje dekat rumah. Tapi, last last dia setujulah jugak.
SR pun malas nak drive. Sejak duduk di Kajang / Bangi ni, memang SR selalu naik Grab je. Grab banyak dan senang dapat. Lagi mudah sebab tak payah nak melilau cari parking sebab ada tempat-tempatnya di sini, parking agak hazab uolls.
Sesampai je di Evo Mall, kami terus naik tingkat 2. Memang tuju Mr DIY dulu. Beli apa yang patut. Adam beli barang dia, SR pun beli plastik sampah dan gunting.
Rambang mata |
Entah apa-apa yang SR beli |
Selesai bayar, kami pun terus mencari makan tengahari. SR decide nak makan di The Manhattan Fish Market, sebabnya adam tak pernah makan sini lagi. So, lets.
Dekat The Manhattan Fish Market Evo Mall ni, cara order menggunakan QR. Tapi, dia masih lagi bagi kita buku menu hard copy. Jadi, lepas dah belek-belek, masa nak order online tu, taip je nama menu apa kita nak makan tu dekat search bar.
Senang.
SR malas juga sebenarnya nak scroll menu online tu. Pening dah lebih menarik selak menu fizikal kan!
SR ambil baked dory, adam pulak ambil dory fish and chips. Cepat juga dia hantar, SR ke tandas sekejap, balik dari tandas, tengok adam dah mula makan fries dia.
Dory Fish and Chips Adam |
Portion dia pun boleh tahan besarnya. Kenyanglah makan sampai ke malam. Sambil-sambil tu bergambarlah sikit dengan anak bujang SR ni kan. Bukan senang nak dapat peluang keluar berdua je dengan dia ni.
Kalau dia tak busy dengan aktiviti sekolah, mesti ayu atau amir nak join sekaki. Haha!
Baked Dory SR, ada nasi |
Itu je lah cerita kami dua beranak semalam. Bila anak dah masuk alam remaja ni, lain dah cara keluar berdua dengan dia. Dulu tangan tak lepas, mesti pegang je. Sekarang, dia pegang beg plastiklah pulak. Sebab dah tak nak pegang kita kan.
Maka tolonglah bawak barang. Hihi...
dah bujang dah kan hero sorang ni... kejab je masa berlalu
BalasPadamBestlah dia dapat dating berdua dgn emak, makan pulak kat tempat sedap.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.