Assalamualaikum wbt
SR ni, selalunya kalau tengah release tension sambil menonton TV, SR akan tengok Friends atau How I Met Your Mother. Dua series ni macam SR punya comfort show lah kiranya. Kadang buka sebab nak bagi ada bunyi je dekat rumah, terutama masa duduk sorang-sorang.
Tapi, HIMYM Netflix dah remove dekat dua tahun dah kot? Friends pulak, 31 Oktober hari tu last. Jadi, SR pun langganlah pulak HBO Go. Sebabnya, SR dah tahu yang HBO Go akan jadi MAX. Dan MAX akan ada Friends balik. Tapi, mulanya 19 November 2024.
Maka, SR pun macam blur-blur tak tahu nak tengok cerita apa kalau tengah makan ke, boring-boring sorang-sorang kat rumah ke... Sementara nak tunggu 19 November.
Maka, SR pun try lah layan Superstore ni. Itulah mukadimah yang korang tak payah tahu pun, tapi saja nak cerita sebab nak bagi entry ni panjang. Hahaha!
Superstore ialah sitkom televisyen Amerika yang disiarkan di NBC dari 30 November 2015 hingga 25 Mac 2021. Siri ini dicipta dan dihasilkan oleh Justin Spitzer. Dibintangi oleh America Ferrera dan Ben Feldman (yang kedua-duanya juga bertindak sebagai penerbit eksekutif), Superstore mengikuti sekumpulan pekerja yang bekerja di Cloud 9, sebuah kedai rantaiankedai besar fiksyen di St. Louis, Missouri. Pelakon siri ini termasuk Lauren Ash, Colton Dunn, Nico Santos, Nichole Sakura, Mark McKinney, dan Kaliko Kauahi.
Layan punya layan, memang jadi binge jugaklah akhirnya. Sebab cerita ni mudah je jalan ceritanya, tak berat kepala nak tengok.
Oh ya, SR memang suka tengok cerita santai-santai macam ni je masa tengok TV. SR memang akan elak cerita yang berat sampai kena berfikir dan analisis. Cukuplah kehidupan sebenar SR pun dah sarat dengan elemen berfikir dan analisis macam-macam ni 😂
Jadi, masa tengok TV, memang nak bergembira. Gittew. Itu SR lah, lain orang, lain cara, kan? Superstore ni, cerita dia berkisar pekerja-pekerja supermarket yang bernama Cloud 9. Memang macam-macam ragam, dan santai sesangat.
Menonton cerita ni, macam baca komik je perasaannya. DAN, MEMANG tak sesuai untuk kanak-kanak tengok sekali. Sebab, walaupun scene dia tak keterlaluan, tapi bahasa dan konsep LGB** ada diselitkan.
Dan juga unsur-unsur lain yang memang orang dewasa je yang boleh faham baik buruknya. Macam tu lah.
Bagi SR, siri ni bolehlah dapat 7/10 rating dia. Tak begitu banyak pun scene ikonik dia, sebab dia macam recycle konsep / idea kasar dari HIMYM dan Friends jugak. Adalah sikit-sikit. SR paling suka watak Jonah (Opkoslah sebab dia hero hensem) dan Dina.
Watak Amy, walaupun dia main character perempuan, SR tak gemar sangat. Cam eh nyampah aku dengan kau ni. Kau pehal! Ha camtu. Paling SR rasa SR boleh buat kawan, kalau SR kerja sekali dengan diorang, adalah Glen dan Sandra.
Nice lah, sebab dia cerita golongan marhaen, dan struggle golongan ni untuk meneruskan hidup, tak perlu pun nak megah holding ke apa kan 😂
Dan sangat sedih dan touching bila Cloud 9 kena tutup, kesan Covid-19. Sedih pulak tengok kedai tu dikosongkan. Sob sob...
Itu je lah ulasan SR.
Haa siap pun satu post. Tata!
kalau ammi pulak sejenis suka yg konsep paramedik, forensik gitu mcm grey anatomy, csi
BalasPadamAisshhhh macam menarik juga 😄. Saya dah lama lah tak nonton sitcom Hollywood. Gara2 jadi addict Ama K-drama 🤣🤣🤣.
BalasPadamTapi kalo banyak teman yg bilang ada yg bagus, ringan dan tak payah pikir, lagi bagus lagi kalo lucu, saya pun sukaaaa . Dan ini memang lagi butuh sitcom yg ringan lah, Krn saya sedang nonton K-drama lama, SAVE Me yg bikin mood down sangat 🤣🤣. Karena gemas dengan tokoh utamanya terlalu lemah 😄😄.
Jadi kadang saya selingi Ama sitcom lain yg ringan . Biar balance 🤣
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.