Assalamualaikum wbt
Dua minggu lepas, kami sekeluarga ada ke Ipoh, Tambun dan Taiping. Hari yang sepatutnya kami balik ke Kajang tu, zaimi ajak kami ke Cameron Highlands untuk bermalam 1 malam lagi. Sebab anak-anak tak dapat mandi kolam masa menginap di Xscape Tambun, sebabnya kolam diorang ada masalah.
Jadi, kami buat gila, pergi mandi kolam di Cameron Highlands. Unplanned micro trip! Hahaha!
Lagipun, dah banyak tahun dah kami tak menginap di Copthorne ni. Last kami menginap di sini, masa ada adam je, itu pun adam baru umur setahun lebih. Lama kan? Hotel ni pun tidaklah mahal mana pun tau, 1 malam ni kami cuma bayar RM260+. Anak-anak boleh stay free. Cuma untuk breakfast, adam dan amir kena bayar RM15 seorang.
Jadi, di situ lah kami malam tu. Sampai je Copthorne petang tu, terus lima-lima beranak mandi kolam. Baju mandi kolam memang ada je bawak. Kecebur kecebur kami. Ramai pulak tu penginap yang mandi sekali.
Maksudnya bukan kami je yang teringin mandi kolam di Cameron Highlands 😂 Malam tu, baru terasa sejuk. Dan baru teringat seketul baju sejuk pun kami tak bawak. Hahaha!
Sambil-sambil makan dekat depan hotel, SR bawa anak-anak beli baju sejuk. Ada jual situ. Memang masing-masing pilihlah mana dia nak.
Bergaya poyo dengan baju sejuk baru |
Baju sejuk tu pun mur mur je, seronok SR. Tidaklah mahal. Affordable lah untuk pembelian bidan terjun. Lepas makan, anak-anak nak lepak lobi. Main pool dan games. SR pula singgah beli kek di cafe bawah tu. Sedap gila kek dia weh. Kih kih...
Esoknya pagi-pagi kami dah bangun dan menuju ke buffet breakfast dia. Antara sebab kami nak menginap di sini, adalah breakfast dia yang banyaaaaaaak gila pilihan. Sedap pulak tu. Memang kekenyanganlah sebab makan buffet. Alhamdulillah... Lepas hajat kami.
Pagi tu suhu 16 darjah Celsius |
Habis breakfast, kami jalan-jalan sekitar hotel je. Tak plan nak berjalan sangat pun dalam CH. Sebab jem dan kami dah penat berjalan dalam Perak. Jadi lepak-lepak ambil angin aje. Gambar pun tak snap banyak sebab terlalu menikmati angin segar.
Gitcheww...
Ayu pulak, sibuk nak aiskrim yang dia dah nampak ada jual dekat kafe di lobi hotel tu. Dari malam sebelumnya dia dah mintak. Pagi tu SR belikanlah jugak aiskrim perisa strawberry, buat raso-raso. Sedap jugak walau masam-masam. Jenama Puku, memang aiskrim Cameron Highlands.
Itu sahajalah cerita kami yang ketot sahaja di Cameron Highlands. Nanti SR cerita pengalaman masuk Gua Tempurung pula. Insha Allah.
Till soon!!
Biasanya unplanned vacation ni mmg menarik =D
BalasPadamSelamat berlibur bersama keluarga.
BalasPadamseronok healing2 di CH...
BalasPadamKak SA pun pi Ipoh Khamis lepas..unplanned trip gak...the ebst part is kami pergi balik hari...hahahahaha
BalasPadamLM bawa anak anak ke CH cuti deepavali haritu ,bila nampak gambar aiskrim ni nak gelak pula sebab walau kami ke CH setahun kadang 2 3 kali tapi tak pernah beli. haritu beli eh sedap rasa yougurt. terus la setiap hari beli.hahaha...nyesal tak try selama ni
BalasPadamEh! rasa macam nak pergi CH jugaklah healing di tempat dingin. Masa SR pergi ni tak jem je? Kena pergi hari bekerjakan sebabnya hari cuti jalan selalu jem tak bagi kerjasama
BalasPadamCH ini yg saya tak sempat visit. Teringin jugaaa. Adik saya yg pernah kemari. Saya tak bisa ikut waktu itu
BalasPadamKalo dah tempat sejuk, memang lah sukaaa kak 😄😄. Mood saya langsung membaik kalo ditempat dingin ðŸ¤
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.