Assalamualaikum wbt
Post sebelum ni, SR kongsikan cover eBook SR yang bertajuk Sarang Di Hati. Karya yang itu, agak berat sikit temanya, dan akan release hujung Oktober 2024 nanti, Insha Allah.
Hari ni, SR release dahulu eBook yang bertajuk Lila, panjangnya 262 muka surat, 19K perkataan lebih kurang. Lila lebih ringan ceritanya.
Snippet Lila oleh Syaz Eym
"Awak okey ke ni?" Lila akhirnya bertanya, memecah kebisuan yang semakin menyesakkan.
Fahryn memandang sekilas, tersenyum nipis.
“Ya, saya okey. Cuma... nervous sikit.” Dia ketawa kecil, tetapi nada suaranya jelas menggambarkan kegelisahan yang lebih daripada sekadar rasa gugup biasa.
“Nervous?” Lila cuba menyelami maksud kata-katanya.
“Kenapa?” soal Lila lagi.
“Sebab... hari ni kita nak jumpa parents awak. Dan mungkin... nikah terus. Takut kalau kena baca doa qunut masa nikah, saya tak hafal!” jawab Fahryn sambil tersenyum paksa.
Namun matanya kembali fokus ke jalan raya, cuba mengelak dari menunjukkan kegugupannya yang sebenar.
Lila tergelak kecil, walaupun dia sendiri dapat merasakan perutnya mula berkeroncong.
“Awak bukan seorang je yang nervous, Fahryn. Saya pun sama. Rasanya, sampai sekarang pun saya masih tak percaya kita buat keputusan ni. Saya pun belum pandai masak kari. Hehe…”
“Betul… Tak apa, kari boleh beli dekat Mamak.”
#syazeym
#LilaSyazEym
#sampainanti
#Blurb
#ebook
#ebookmelayu
#ebooklovers
#ebookseller
Dapatkan dengan harga mur mur RM12 aje, https://watsap.my/60192984616/Lila
SR memang banyak menulis fiksyen kebelakangan ni. Ada beberapa sebab, antaranya, SR stress kot dengan Phd 😂
Jadi, menulis fiksyen ini adalah eskapism.
Selain itu, dengan menulis ebook, SR dapat duit poket.
Alhamdulillah, oghe Kelate kata, jjadi.
Syukur.
Syukur juga kerana Allah pertemukan SR dengan circle yang banyak membantu dalam dunia fiksyen SR ni 🥹
SR masih ada di blog, jangan risau. Eh, bajet ada yang risau pulak 😂
Tata!
Wasap SR kalau nak ebook Lila, atau Sampai Nanti, ya 😊
Dulu tulis cerita di majalah sekolah, macam minat tapi malas. Ada kakak senior encourage jugak. Teruskan menulis, moga dipermudah kan semua urusan.
BalasPadamTahniah
BalasPadamMasih sempat berfiksyen karya
Hebaaat lah kakaaaak. Sedang ambil PhD masih sempat juga menulis ebook 👍🤗🤗. Semoga dilancarkan semuanya ya kak. ❤️
BalasPadamala....MA kureng skt bila baca e book ni..suka baca novel leh peluk2 ..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.