KUALA LUMPUR, 10 September 2024 - Nama Ora Fiza mungkin sudah tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Pija Mentor, dia kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Bangunlah’. Sebuah majlis pelancaran telah diadakan di Eclipse Cafe & Meal, di pusat membeli-belah Mitsui Shopping Park Lalaport, Kuala Lumpur hari ini bagi mengumumkan secara rasmi kehadiran Ora Fiza dengan naskah terbaharunya.
Dihadiri barisan media perdana, media elektronik dan blogger serta rakan-rakan pempengaruh, majlis digamatkan dengan persembahan istimewa daripada Ora Fiza yang sememangnya dikenali sebagai seorang penyanyi berbakat dengan suara yang bertenaga. Majlis pelacancaran tersebut turut menyaksikan video muzik ‘Bangunlah’ ditayangkan secara langsung buat pertama kalinya kepada semua yang hadir.
Selepas hampir dua dekad dalam industri hiburan, Ora Fiza yang mula dikenali sebagaijuara pertama program realiti ‘Mentor’ terbitan TV3 pada tahun 2005 di bawahbimbingan penyanyi legenda Datuk Zainal Abidin, kini kembali dengan karya yang penuh bermakna. ‘Bangunlah’, telah digubah dan ditulis oleh John Jeeves dan Shazriq Azeman, merupakan sebuah lagu yang sarat dengan mesej kebangkitan dan kekuatan.
Ia menggambarkan perjalanan hidup Ora Fiza yang penuh cabaran, tetapi tetap teguh dalam mengejar impian. Ora Fiza menyatakan keterujaannya untuk pelancaran single terbaharunya itu, "Saya sangat gembira akhirnya dapat menghadiahkan 'Bangunlah' kepada peminat-peminat saya serta orang-orang penting yang sangat teguh menyokong kerjaya seni saya. Lagu ini mempunyai tempat yang istimewa di hati saya kerana ia adalah refleksi kepada perjalanan hidup saya yang penuh dengan jatuh bangun. Saya harap ia memberi inspirasi semua pendengar untuk terus maju dan mencapai potensi sebenar mereka."
|
Ora Fiza |
‘Bangunlah’ adalah hasil kolaborasi pertama Ora Fiza dengan syarikat rakaman Super Red Records, menjadi tanda permulaan baharu dalam perjalanan seninya. Menurut OraFiza peluang merakamkan lagu ini diterimanya apabila beliau menemani adiknya, One Juicy, yang juga merupakan artis Super Red Records, ketika menandatangani kontrak dengan label tersebut.
Pihak label tidak mengambil masa lama untuk mengiktiraf keistimewaan Ora Fiza dan seterusnya menawarkan kontrak kepadanya. Kini,kedua-dua adik-beradik ini sama-sama berada di bawah naungan Super Red Records,memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air. Richard Chua, Pengasas Bersama Super Red Records, mengulas, “Bakat dan dedikasi Ora Fiza memang tidak boleh disangkal. Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana beliau terus berkembang sebagai seorang artis.
‘Bangunlah’ adalah bukti keteguhan dan kreativiti beliau, dan kami yakin ia akan menyentuh hati para pendengar.”
‘Bangunlah’ sudah tersedia untuk penstriman dan muat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music, mulai 10 September di pautan
https://bfan.link/bangunlah dan video muziknya boleh ditonton di pautan
https://youtu.be/tHC2L0F651k.
Ikuti perkembangan terkini Ora Fiza dengan mengikutinya di akaun media sosial berikut:
Facebook: @orafizaofficial
Instagram: @orafizaofficial
Tiktok: @orafizaofficial
Youtube: @orafizaSRR
***Untuk pertanyaan media, temu bual, atau akreditasi, sila hubungi Didie A Samueil di 0197000170 atau didzsquadstudios@gmail.com
Siaran media ini disediakan dan diedarkan oleh DIDZ SQUAD STUDIOS 2024
Saya tadi buka Spotify dulu nak dengar lagunya. Dan sukaaa dengan suara dia 👍👍. Bertenaga memang. Lirik dan melody pun buat semangat. 👍. Ok save di playlist saya ❤️
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.