Assalamualaikum wbt
Best juga duduk di Kajang / Bangi ni tau. Sebabnya, macam-macam kemudahan ada. Antara kemudahan yang SR guna semalam, tanpa susah mencari adalah tukang kasut.
Adam punya kasut joging, getah di hujungnya macam sedikit terbuka. Manakan tidak, itulah sahaja kasut yang dia pakai sepanjang dia sertai kejohanan MSSD Hulu Langat hari tu. Memang dilenjan kasut tu.
Jadi, tanpa susah payah mencari, memang kami terus aje terjumpa tukang kasut di deret kedai Ayza's di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Weehuu, senang kerja.
Dia bukanlah betul-betul sebelah Ayza's tu, tapi berselang banyak kedai jugalah. Tukang kasut ni terletak depan premis Neya. Sebelah dia ada kedai Hotlink kot, kalau tak silap. Kerjanya pun okey, dan pantas.
Selain boleh duduk tunggu terus masa dia buat kerja, SR tengok ramai aje yang tinggalkan kasut dan selipar yang perlu dibaiki.
Klinik Kasut Laksamana Riau nama bisnesnya gais. SR tanya, brader tu kata buka setiap hari. Tapi kalau nak telefon dulu pun boleh. Ada dia tampal nombor telefon dia dekat dinding.
Nombor telefon Tukang Kasut Laksamana Riau Bangi - 0138873085
Untuk servis yang kami minta semalam, dia caj RM5. Kami bayar cash aje masa tu. Tak pasti pula boleh bayar online atau QR, sebab tak tanya kan. Eheheh...
Korang tanya sendirilah ya.
Itu saja, TATA!
PS: Bau gam tu sedap betul, sebab tu lah agaknya ramai yang salah guna. Nauzubillah...
Betul Syaz, untungnya duduk di bandar maju…segala bentuk servis tersedia. Pendek kata, semua masalah ada penyelesaiannya.
BalasPadamCie pun nak ke kedai tukang kasut nak gam kasut sukan dah tebuka depannya tu. cuci baru ni terus nampak terbuka tu. bukan gigih bersukan pun 😆. Rosak sebab jarang guna kalau Cie ni. Hahaha
BalasPadamJadi, nak panggil dokor ke pendekar ni...?
BalasPadamOhhhh tq tq, boleh hantar kasut nanti.
BalasPadamKat Seremban xde yang betul betul pakar..ada pun kerja repairnya tak kemas..terpaksa bawak aje kasut dalam kereta..kalau jumpa kat amna- mana baru repair
BalasPadamLaksamana Riau..mesti abang tukang kasut ni asal sana...
BalasPadamNice..Kemas je tmpt dia baiki kasut tu =D
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.