Assalamualaikum wbt
Minggu lepas SR bawa adam dan amir ke Joe's Barber Shop di Bangi ni. Selalunya, bab gunting rambut abang-abang ni, memang zaimi yang uruskan. Kali ni SR yang bawa, sebab saja nak belanja adam. Hari sebelumnya, dia dah gigih bertanding MSSD Hulu Langat. Nak beli jiwa dan meraikan pencapaian dialah kiranya ni. Sebab, ini juga kali pertama anak-anak SR gunting rambut di Joe's. Sebelum ni, di kedai gunting rambut biasa aje.
Kalau di Kajang / Bangi ni, selalunya zaimi bawa adam dan amir ke Kedai Gunting Rambut Muna. Memang excited lah adam bila SR nak bawa ke Joe's. Amir pun sama, mestilah nak join sekaki kan. Haha!
SR mula-mula segan-segan juga nak masuk, tapi lantakkan aje. Pertama kali SR masuk kedai gunting rambut lelaki yang luas dan besar macam ni. Siap pakai sistem nombor tau. Masuk-masuk, ambil nombor dulu. Tunggu tak lama pun, terus dipanggil ke kerusi masing-masing.
Amir nombor 8, adam pula kerusi nombor 11.
Ramai betul barber dia. Pelanggan memang ramailah, dah barber pun ramai. Tapi pantas weh servis dia. Adam dan amir masing-masing dah ada haircut yang diorang nak. SR pun tak tahu namanya apa, tapi pandai pula masing-masing beritahu pada barber masing-masing!
Amir terkejut, pertama kali gunting rambut kena sepit rambut 😂 |
Joe's Barber Shop ni, vibe dia sangat jantan ya. Betapa simplenya hidup lelaki kan, jika dibanding dengan perempuan? Hahah!
Memang beza betul lah rupa dan suasana dalam ni dengan salon rambut perempuan yang SR dan ayu selalu pergi.
Tak sampai 10 minit, siap dah dua-dua gunting rambut. Masing-masing puas hatilah dengan rupa sendiri. Rambut premium, bak kata amir 😂 Dah siap semua, bayar dan balik lah kami.
Oh ya, harganya tidaklah seperti kedai gunting rambut biasa. Hehe... Sekali-sekala, bolehlah omak belanja abang-abang. Total RM52 untuk dua orang hari tu. Okeylah, sebab sekejap dan cantik!
Lepas tu, kami pergilah manakn dan minum sat dekat Ayza's. Masing-masing masih happy bawa rambut baru yang siap pomade bagai tu haa. Haha!
Itu sahajalah cerita ringkas dari SR hari ni. Gambar ada watermark dah hari ni. Anyway, untuk ke Joe's Barber Shop Bangi, tak perlu buat appointment ya. Walk In aje.
Service options: On-site servicesHours:Open ⋅ Closes 10 pmUpdated by this business 7 weeks agoPhone: 03-8920 0544
Haha! Okey, TATA!
Lelaki memang simple,kan?
BalasPadamDari apa yang saya nampak, begitulah
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.