Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua, sihat ke? SR memang tak sihat seminggu dua ni. Semalam, baru macam nak lega sikit, dah ayu pula tak sihat. Bersambung-sambung episodnya dalam rumah SR ni. Moga kami sekeluarga sihat-sihat kembali.
Nak menaip untuk paper pun, rasa kepala berpusing-pusing. Berpinar-pinar mata memandang ayat-ayat yang penuh dengan citation tu. Rest sekejap, godek-godek website itu ini. Jadi, alang-alang, SR nak kongsikan cara masukkan watermark pada gambar kita, untuk kegunaan upload ke media sosial atau mana-mana yang nak dimasukkan lah hehe...
Ada banyak sebenarnya, tapi yang ini macam mesra juga nak guna, bagi SR lah.
Apa platformnya?
Namanya Watermark.ws. Klik, nanti akan dibawa terus ke Homepage seperti ini:
Langkah 1 - Boleh pilih nak upload gambar dari mana, gambar kita sendirilah seeloknya, jangan watermark kan gambar orang pula. Kalau gambar tu ada dalam mana-mana storage hard drive, pilih kotak sebelah kiri yang tertulis 'Select Files to Upload'.
Sebagai contoh, SR pilih gambar dari folder CAKERUSH, gambar bernama Explosion Box Cake Rush (4). Ini contoh ya, kalian punya gambar semestinya lain nama folder dan nama file nya.
Langkah 2 - Seterusnya, klik 'open' sahaja untuk muat naik gambar pilihan.
Nanti, gambar yang dipilih tadi akan ada di interface, begini:
Jika dah betul gambarnya, teruskan ke Langkah 3 - Tick pada kotak kecil di penjuru atas sebelah kanan di gambar tu, gambar akan terhighlight begini:
Kalau gambar tak banyak, mungkin tak akan keliru kan. Tapi kalau semua gambar namanya IMG, IMG00, IMG0824....etc... Kita boleh lakukan Langkah 3a - Rename dulu, untuk senang cari semula. Pergi ke sebelah kanan, klik button 'selected', begini:
Lepas tu, rename lah gambar tu dengan apa-apa yang sesuai dan berkenaan. Dah kata nak rename ni, janganlah nak confuse kan diri sendiri pulak kan, haha! Seperti contoh, SR rename gambar tu begini:
SR letak Cake Rush Explosion |
Setuju dengan nama baru gambar? Tekan aje button biru rename tu (Langkah 4).
Langkah 5 - Boleh edit watermark dah, caranya tick semula gambar tu, dan klik 'selected' semula, pilih 'edit' untuk dia bawa kalian ke interface untuk mengedit, seperti ini:
Di Watermark.ws ni, selain untuk edit letak watermark, boleh juga kalau nak edit yang lain-lain, seperti cropping, resize (pixel dan %), rotate, tambah effects... Tapi yang simple-simple aje lah.
Okey, berbalik pada nak masukkan watermark.
Langkah 6 - klik sahaja pada button 'watermark' di sebelah kiri. Ada simbol titisan air juga, nak bagi senang nampak button tu. Nanti, akan keluar satu panel untuk edit watermark, begini:
Langkah 6a - Boleh explore dan editlah watermark ikut rasa dan minat masing-masing. Nak tukar jenis tulisan, besarkan, banyakkan, kiri, kanan, tambah ikon registered, copyright... Ikut selera masing-masing. Macam SR, SR masa ni letak syaznirahim.com di 'add text' sebelum tukar tulisan jadi quantico dan edit sikit yang mana patut, macam ni:
Kemudian, SR besarkan saiz tulisan sebelum letak mouse atas perkataan syaznirahim.com tadi, klik dan tarik dia ke tengah-tengah gambar, begini:
Langkah 7 - Boleh aje nak letak di mana-mana, ikut selera. Ada yang suka letak watermark halus-halus di tepi, ada besar di tengah-tengah. Mana-mana pun bisa dong.
Langkah 8 - Dah puas hati, boleh tekan 'Apply' yang berwarna biru.
Langkah 9 - Dah siap, tekan finish di penjuru sebelah kanan, bawah. Kotaknya berwarna hijau, begini:
Andai kata ada lagi gambar lain yang hendak diletak watermark, dan nak guna watermark yang sama warna, kedudukan dan rupa macam watermark korang buat tadi, boleh saja. Sediakan saja kad kredit untuk buat pembayaran untuk upgrade.
Langkah 10 - Caranya, klik bintang dalam bulatan biru yang SR dah bulatkan untuk korang nampak lebih jelas di gambar bawah. Optional, tak perlu guna pun tak apa ni.
Langkah 11 - Untuk muat turun, tekan butang 'download' yang dalam bulatan merah jambu pula. Begini:
Langkah 12 - Selepas download, nanti korang carilah semula folder download di device masing-masing ya. Dia akan automatik save dengan nama yang kita dah rename awal-awal tadi. Jadi, memang boleh elakkan susah nak cari, asalkan ingatlah save tadi nama apa, begini:
Dan bolehlah upload di mana-mana yang berkehendak.
Ini hasil gambar SR yang diletak watermark menggunakan Watermark.ws secara percuma sahaja, online:
Mari SR tunjuk sikit cara nak letak watermark di gambar seterusnya, guna template gambar pertama tadi, bagi yang membayar upgrade!
Jom!
Pergi semula ke Home, lakukan Langkah 1 (Tekan Add Files, atas, kanan) sehingga Langkah 5. Kalau tadi, untuk letak watermark, lakukan Langkah 6 kan? Kali ini, terus tekan 'star templates' (Langkah 13) seperti di bawah:
Langkah 14 - Boleh pilih dari template yang telah pernah disimpan sebelum ini (jika ada dan lebih dari 1), ikut selera nak guna yang mana satu. Begini:
Langkah 15 - Lalukan cursor mouse atas template pilihan, nanti akan timbul button 'load and edit'. Klik pada butang itu. Nanti boleh guna semula tanpa perlu buat yang baru.
Tapi macam SR beritahu tadi, fungsi guna template yang sama, hanya untuk pelanggan yang telah upgrade dan berbayar.
Ala, guna percuma pun boleh saja kan, bukan susah pun kalau sekadar nak buat watermark ringkas-ringkas. Atau, boleh cuba di pelantar yang lain, mana tahu ada yang free keseluruhannya kan. Jika ada, kongsikan dengan SR ya! Harga Watermark.ws ni keraslah bagi SR! Haha!
Okey, itu sahaja perkongsian SR, selamat mencuba!
Menariknya.... Nk try juga lah :D
BalasPadamSenang la cam ni... boleh buat online rupanya
BalasPadambiasa wak pakai photoshop je., ;p
BalasPadamwah..leh cuba jugak ni.. tq for sharing
BalasPadamSaya pakai irfanview kalo di laptop. Tapi kalo dr HP saya pakai PicsArt. Kalo hanya utk watermark, PicsArt bisa gratis.
BalasPadamSo far 2 ini sudah paling nyaman bagi saya. 2-2 nya gratis .
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.