Assalamualaikum wbt
Nasib SR tak berapa baik agaknya dalam dunia blogging ni. Orang lain, yang sama seperti SR, yang upload gambar muka sendiri dan keluarga (yang tak pernah upload gambar muka, kisah kita tak serupa, jadi jangan nak kata seBab Tu sAya TaK perNAH uPLOad GaMBar MukA), elok sahaja. Tidak terkena apa-apa. Bahagia sahaja bercerita dan berkongsi pengalaman kisah hidup yang dilalui di blog.
Namun tidak bagi SR. Mungkin ada yang telah terbaca post SR berkenaan gambar kami sekeluarga diguna tanpa kebenaran ini.
Disebabkan iklan bodoh tu, betapa ramai kawan-kawan yang hubungi kami, concern dengan kes gambar kami, tidak kurang juga ada yang ingat SR benar-benar buat post promote iklan keripto bodoh tu.
Terganggu jugalah emosi dan fikiran. Sebab semua yang contact kami dengan 1 point: Takut ada orang lain terpedaya, dan salahkan kami.
Mana tak susah hati?
Bila asyik dapat whatsapp / dm yang nak kena jawab benda sama aje, trigger anxiety dan panick attack. SR ada darah tinggi, memang tinggi ajelah. Masuk aje Whatsapp, mesti nak berdebar. Padahal, kita ni tak ada buat salah scam orang pun.
SR sekeluarga ni hanyalah rakyat biasa, dengan cerita hidup yang biasa-biasa sahaja. Bullshit tiba-tiba nak claim "Kami keluarga terkaya di negara ini"
Disebabkan dah hampir dua minggu kami masih dihubungi kerana muka kami masih keluar di Harian Metro, Kosmo, Ohbulan dan sebagainya, semalam kami pun buatlah report polis. SR sebenarnya dah buat laporan di MCMC, tapi masih kekal status kes sebagai New. Itu yang ke balai polis.
Sebab dah benci dan meluat. Walaupun bersyukur dan berterima kasihlah, sebab ramai yang concern. Tapi, tak suka situasi ni.
Polis yang ambil report kata, selepas dah ada report polis, kami pergilah ke MCMC di Cyberjaya. Agaknya, aduan SR di MCMC tu masih New, sebab tiada laporan dari polis.
SR pun tak pasti bab ni.
Malam semalam, IO dari pihak polis ada hubungi SR. Katanya, dia tak berapa faham, apa yang terjadi? Dan kenapa SR buat laporan polis.
SR pun katalah, tujuan SR buat laporan, seperti yang saya dah nyatakan dalam repot, saya bimbang dituduh menjadi orang yang menjadi punca, jika sekiranya ada yang terpedaya mendaftar keripto yang mungkin scam itu.
Banyaklah lagi SR terangkan, sebab IO tu tak faham sangat (entahlah, mungkin dia tak biasa dengar term tangkap layar, thumbnail iklan dan blog) sebab dia keep on tanya on and on berkenaan tu.
Puan IO suruh SR ke MCMC jugalah untuk urusan seterusnya.
Cuma, yang menarik perhatian SR adalah pesanan akhir dia. Dia kata, SR yang tarik orang jahat tu untuk guna gambar SR. Sebab, kenapa nak upload gambar?
Hmmm...
SR terasa hatilah sikit. Lepas berterima kasih dan letak telefon, SR pun terus buka blogger dan unpublish post-post yang ada gambar keluarga. Siap ada yang SR delete juga. Ada sesetengah yang SR delete gambar sahaja pun ada. Tapi malas dah nak godek, jika gambar tu dari jauh atau muka tak jelas sangat, SR biarkan aje dulu.
Gambar wefie semua SR delete. Memang celaka sungguh si pelaku. Geram.
Berserk dan rengsek jugalah hati, sebab kita ni blogger picisan aje.
Tapi SR faham, semua yang terjadi ni pasti ada sebab. SR akan lebih berhati-hati lepas ni. Semua media social pun dan private dan siap ada yang SR deactivate.
SR memang tiada niat nak popular pun dalam bidang blogging ni. Dan demi Allah, SR tak pernah daftar, join atau terlibat dengan keripto bodoh semua tu.
SR bersangka baik dengan Allah atas perkara ni. Mungkin ini teguran dari Allah swt. Moga SR dan keluarga dilindungi Allah dari perkara-perkara tidak baik dan mengarut begini. SR juga perlu lebih berhati-hati dalam blogging ni, terutama bab upload gambar.
PS: Memang hilang sungguh mood nak blogging lately. Dahlah dapat posen2 aje pun dari adsense. Bukan riban-riban pun. Tak padan dengan sakit kepala dan sakit hati nak ditanggung.
Sekianlah dulu.
PSS: Terima kasih kawan-kawan reader yang drop comment, saya sangat hargai kata-kata semangat dan doa kalian. Saya bersyukur masih ada yang ambil berat / concern akan kami sekeluarga. Oh ya, ada komen2 yang sengaja saya tak publish dahulu, untuk entry ini.
Jangan ambil hati ya. Sayang semua 💖
Takpa SR, mgkn ada hikmahnya apa yg terjadi. Kita DOA agar takde apa² yg tak diingini terjadi.
BalasPadamKeep being positive 🌹
pasni letak watermarklah SR. Letak WM melintang kat muka pun takpe. biar susah dorang nak edit.
BalasPadamKak sr, saya pun jadi lebih concern jika ingin publish wajah di blog. Atau medsos yang lain. Memang skr ini banyak penjahat ambil gambar kita lalu taro di mana2 iklan tak benar.
BalasPadamYg lebih parah dengan teknologi AI, kemarin itu saya ditunjukkan gambar yg lalu diubah menjadi video dan dia sedang kis*ing another girl . Seraaaam sungguh kak. Bisa dipakai utk merusak rumah tangga. Pdhl hanya berawal dari foto.
Bertabah ya SR. Mmg stress kalau kena mcm tu. Lagi2 melibatkan family.
BalasPadamI pernah juga "dipopularkan" (org curi gambar dan entri). Cuma bezanya bukan kes sebegini. Sejak tu I buat larangan mencuri photo2 dari my blog. Tulis kat tepi blog tu.
Sampai jadi kes polis... u did the right thing!
BalasPadamAllah sedihnya. Kadang kita berkongsi sebagai kenangan di blog sendiri. Org yang tak bertanggungjawab salah guna. Kejam sggh.
BalasPadamdemikianlah betapa pentingnya watermark pd setiap foto yg kita letak dlm sosmed., senang2 je dorg claim., wak dh pnh kene dulu., huhu
BalasPadamUish... seramnya. Bagus SR terus ambik tindakan report dekat polis dan MCMC. Saya pun selalu upload gambar family huhu... nak watermark malas. Mungkin kena buat jugak mcm yg org lain suggest sbb skrg ni zaman fitnah berleluasa...
BalasPadammemang kena buat report polis dan report to MCMC kalau dh jd kes gini...bertabahlah yer SR...wpun ada beribu2 or berjuta2 gmbr kat blog seluruh msia, gmbr SR yg scammer tu pilih utk iklan kripto tu.. :(
BalasPadamIO tu x faham... ai geram pulak... terus nk search jugak gambar famili di blog
BalasPadamSaya ada ternampak jugak..saya ingatkan memang akak dapat bayaran...Rasa Macam..wow..Hebat tuuu..Haih..Kesiannya..Ujian buatmu kak SR...
BalasPadambole pulak die ambik, klo buat setting yg x boleh screenshot pon mgkin die bole ambik dari fon ke kan..stress dgr ayat IO tu..
BalasPadamBagus juga SR buat report polis tu untuk melindungi diri kan. Tapi kenapalah IO tak faham pula ya...mungkin belum ada kes sebegini kat balai yang SR report ni tak. Apa pun moga yang baik2 ajer.
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan SR sekeluarga. Doa yang baik-baik. Doa orang yang teraniaya mudah diangkat InsyaAllah. Selepas ini kalau nak up-load gambar kena buat watermark kat tengah-tengah gambar.
BalasPadamSamalah perasaan Mrs.A dengan SR pasal kita ni blogger picisan sahaja tak sangka pulak ada orang jahat nak curi gambar kita.
Mrs. A pun ada orang curi gambar juga letak hashtag ntah apa-apa. Pencuri tu guna gambar Mrs. A macam menjual produk dia. Mrs. A pun baru je tahu semalam officemate cakap ada sorang adik kat office ni whatsapp dia tunjukkan gambar yang dicuri tu cuma katanya dah lama tak ingat dah link tu. Haish! down jugaklah.
Kurang setuju dengan statement orang yang salahkan kita balik tu kenapa bagi peluang orang curi gambar kita. Haish! sakit pulak hati kita.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.