Assalamualaikum wbt
#throwback
Walaupun mood nak update blog posen-posen SR ni masih belum pulih sepenuhnya, harini nak throwback sikitlah beberapa minggu lepas, kami sekeluarga pergi ke Pantai Saujana, Port Dickson. Memang adhoc dan tak ada plan rapi pun. Bangun pagi, anak-anak kata dekat zaimi, nak pergi laut. Terus bapaknya setuju, dan pergilah kami ke sana.
Tak bawa baju salin pun SR dan zaimi, bawakan baju anak-anak aje. Makanan pun, tapau di 7E. Sebabnya masa dah sampai Seremban 3, kami singgah makan dulu, lepas tu baru gerak ke Port Dickson. Ada 7E dekat sana, singgahlah beli roti-roti dan air sikit.
Tikar memang dah ada dalam kereta.
Malas nak beria sangat sebenarnya. Jarak Pantai Saujana ni dari Kajang pun tak jauh sangat, dalam 45 minit aje dah sampai sepatutnya kalau kami tak singgah makan tu.
Dah sampai, memang duduk melepak tepi pantai tu ajelah. Ayu dan amir pergi main pasir, buat istana pasir. Adam mula-mula duduk baca Gila-Gila dengan SR dekat atas tikar, tapi lepas tu dia pow ayah dia RM10, dia pergi beli bola. Maka main bolalah adam dan zaimi.
Selain tu, amir pun ada bawa dia punya kapal terbang gabus yang kami dah beli di Dataran Nilai 2 tahun lepas. Boleh tahan powerlah kualiti kapal terbang gabus tu, dah 2 tahun masih kuat gabusnya.
SR duduk-duduk aje, dah bosan, jalan-jalan sekejap, pergi dekat anak-anak yang melepak atas air (literally).
Sambil-sambil tu, SR mengusik ketam-ketam yang sakan buat lubang-lubang halus atas pasir. Kalau diikutkan, rumah diorang tu dalam air, tapi masa ni laut sedang surut, itu yang nampak jelas dan banyak. Comel aje ketam-ketam tu lari, lepas tu lari masuk lubang dia.
Masa kami di sini, sempatlah jugak buat 1 aktiviti selain aktiviti yang SR cerita tadi. Ha cuba teka, aktiviti apa. Hehe (senyum kelat sebab masih menyampah kes gambar kena guna tanpa izin.)
Ha teka, teka!
Oh ya, sesiapa yang tengah cari idea, nak bawa anak-anak ke mana hujung-hujung minggu, jika berdekatan, bolehlah ke Pantai Saujana Port Dickson ini ya.
Best healing tepi pantai
BalasPadamBest healing tepi pantai. Cie setiap tahun suka bercuti tepi pantai. Tahun ni je tak sempat lagi bercuti.
BalasPadamHealing tgk laut ni tenang minda dan jiwa
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.