Assalamualaikum wbt
Dulu kan, masa arwah nenek SR masih ada, dia masih guna deodoran walau dia dah 70an. Uniknya, nenek SR tak sebut deodoran. Dia panggil deodoran sebagai odorono. Cute gila kan sebutan odorono tu hahah!
Deodoran yang nenek selalu pakai adalah jenama Enchanteur. Bau yang paling sebati dengan nenek adalah bau seperti perfume dia yang nama Charming ni.
Nak jadi cerita, masa SR ke Watsons hari tu, SR ternampak botol tester Enchanteur ni. SR pun sajalah sembur dan cuba bau. Teruuuus teringat nenek.
SR buat keputusan untuk beli terus. Sekarang, bila SR lepas mandi malam-malam, sebelum tidur, SR akan sembur di badan. Walaupun aneh, tapi SR rasa macam hilang sikit rindu pada arwah.
Harganya bawah RM50, masa SR beli. Baunya memang tak tahan lama sangat, bolehlah sekadar buat raso-raso bagi hilangkan rindu kat nenek, tapi, disebabkan bau dia macam bau bedak yang calming tu kan, dia macam boost rasa mengantuk SR. Ala-ala tidur lebih lena selepas mandi malam.
Itu SR lah, orang lain mungkin tak ada rasa apa pun kan.
Itu ajelah untuk hari ni, take care semua! Selamat berhujung minggu!
Aah Syaz, dulu-dulu memang panggil odorono untuk deodoran nih hehe, pernah adik kak ana sebut lah odorono anak2 kak ana pelik apa benda tu kata depa, agaknya deodoran pertama kat Malaysia nih kut kan nama dia odorono hehe :)
BalasPadamArwah tok pun suka sangat pakai jenama Enchanteur ni, ada sampai sekarang kan. Ya betul dulu2 panggil odorono kan.
BalasPadamKelasnya nenek SR pakai odorono
BalasPadamKadang2 kita suka benda yg ada bau mengingatkan
BalasPadampada seseorang yg kita sayang kan
Arwah nenek CCL panggil deadorant ni ubat ketiak ..heheh macam-macam kan .. brand enchaunter ni memang lagend ..dari zaman CCL sekolah lgi dh ada
BalasPadamSaya sukaaa wangi enchanteur iniii 😍😍😍😍. Kalo tak salah ada kuning, pink, ungu dan biru kan. Saya pernah coba semuanya, fav saya ungu. Tapi aroma lain pun sukaaaa. ❤️
BalasPadamLinda kalau enchanter nie memang amik charming... Tp, nie pakai masa zaman sekolah dulu2 lah... Selepas beralih dr dashing... Hahaha... Membe2 semua bising sebab pakai dashing...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.