Assalamualaikum wbt
Throwback sikit ke beberapa minggu lepas, waktu SR dan amir dating berdua ke IOI City Mall Putrajaya. Amir memang dah lama request nak keluar berdua aje dengan SR. Alkisahnya sebab dia jealous dengan ayu. Dia kata SR selalu bawa ayu aje.
Maka marilah kita pergi dating amir! Hehe...
Amir minta nak tengok wayang. Jadi, malam sebelumnya lagi SR dah beli tiket secara online sahaja. Senang. Boleh tenang-tenang aje pagi tu menuju ke panggung wayang. Untuk kali ini, SR bawa amir pergi ke pawagam GSC yang di tengah-tengah IOI. Bukan yang di hujung. Punya besar IOI City Mall Putrajaya ni, sampai ada 2 GSC di dalamnya.
Depan GSC tu ada patung Wakanda, amir pun teringin nak bergambar. Layankan ajelah si anak tengah omak yang manja dan sweet ni.
Sebabnya masa kami sampai tu, terawal 10 minit. GSC pun tak buka lagi. Lepas GSC dah buka, kami pun pergi claim kami punya popcorn dan air mineral. Ambil yang paket besar, baru puas makan berdua. Memang tak habis pun walau sepanjang movie asyik mengunyah.
Cukup waktu, kami pun masuk ke dalam panggung. Panggung yang SR pilih masa ni yang D-Box kalau tak silap, yang memang untuk motion dan sound yang padu! Fuh! Syok tengok cerita!
Cerita apa? Biarlah rahsia. Eheheh...
SR dan amir duduk di seat biasa aje, tapi masa jalan keluar dari panggung, amir teringin pula nak cuba duduk atas kerusi panjang ni.
Keluar saja dari panggung, amir ajak SR pergi ke satu kedai ni. Namanya Entertainment Exchange WeBuy.com. Menariknya kedai ni, dia memang untuk urusan pembelian CD game, seperti PlayStation dan XBox.
Dekat kedai ni, kalau nak beli sahaja pun boleh, trade in boleh, nak jual saja CD PlayStation yang lama, pun boleh. Contoh macam korang ada CD PlayStation lama-lama yang dah tak nak, boleh jual aje di sini.
Amir pun masa ni sibuklah nak beli. Siap nak guna duit tabung sendiri. SR kata, tak payahlah, sebab sekarang kan di PlayStation, semua game beli secara online aje, bayar dan download.
Tapi taaaakkkkkkkk. Dia nak jugak.
SR kasilah dia beli satu. Itu pun memang dia beria-ia janji dah sampai rumah nanti, dia akan bayar balik dengan duit tabung. Sabar ajelah. Haha!
Sebelum balik, singgah Kenangan Coffee beli latte. Amir dah tak nak apa-apa dah, tak sabar dah nak sampai rumah dan main. Singgah kedai lain pun dah tak nak.
Nanti ada rezeki kita dating lagi ya amir!
nak bonding dgn bonda...hihi...bagusnya Amir, siap nak bayar balik...huhu..lelaki sejati nih...terharu auntie...
BalasPadamWow best jgk dating berdua kan?
BalasPadamBila tengok gambar GSC tu dah tau dah kat mana. Kalau tengok wayang pun saya dan Dania akan ke sini jugak.
BalasPadammotion n sound yg padu mestilah citer bad boys kann., ammvoiii ganasss tuuuh ;p
BalasPadamHahahahahah kalo dating dengan anak lelaki, memang macam ini. Pasti adaaa saja yg dia minta untuk dibeli kan 😄. Sama seperti anak saya ðŸ¤. Kalo saya pikir, pengeluaran dating dengan anak lelaki dan anak perempuan, saya lebih banyak habiskan uang utk anak laki 😄
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.