#Copyandpaste dari Maktabah Al- Bakri (Kecuali gambar)
Gambar AI - Flux |
Soalan:
Assalamualaikum wbt Dato’ saya ingin bertanya, apakah faktor yang menyebabkan sesuatu sukan menjadi haram?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Dari keindahan agama Islam adalah bahawa ia merupakan agama yang menyeluruh. Salah satu tandanya adalah islam mementingkan jiwa dan jasmani manusia. Ia memenuhi keperluan jiwa dan sebab-sebab yang membawa kepada kebahagiaan.
Dalam masa yang sama islam tidak mengabaikan jasmani dan faktor-faktor yang memberi tenaga kepada badan. Oleh itu, islam mengajak untuk memberi perhatian kepada tubuh badan dan mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan badan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأحبُّ إلى اللهِ من المؤمنِ الضعيفِ وفي كلٍ خيرٌ
Maksudnya: Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada mukmin yang lemah dan masing-masing memiliki kebaikan.
Riwayat Ibn Majah (2664)
Hadith ini menujukkan bahawa seorang mukmin yang kuat iaitu merujuk kepada mukmin yang mempunyai tekad yang kuat dan tubuh yang sihat adalah yang terbaik dan lebih dekat kepada allah SWT berbanding mukmin yang memiliki tekad yang lemah dan tubuh badan yang tidak sihat. Namun kedua-duanya memiliki kebaikan kerana adanya iman. (Lihat Fiqh al-Islam Syarh Bulugh al-Maram, 10/295 )
Begitu juga dengan Hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda :
وإنّ لجسدِك عليك حقًّا
Maksudnya: Sesungguhnya Jasadmu mempunyai hak ke atas dirimu.
Riwayat Muslim(1159)
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa bersukan itu sangatlah penting dalam kehidupan individu Islam. Kerana itulah Islam menyarankan supaya mengajar anak-anak bersukan atau berolah-raga, renang, melempar, menunggang kuda dan memanah.
Menjawab bagi persoalan di atas kami nyatakan bahawa hukum asal bagi sukan itu adalah harus kerana kaeadah menyebut :
الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ
Maksudnya: “Asal pada sesuatu perkara adalah harus.”
Namun ia juga boleh membawa kepada haram jika sukan itu membawa kepada perkara-perkara yang menyebabkan kemudaratan pada jiwa, berlakunya perpecahan dan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh syara’. Ini kerana kaedah fiqh ada menyebut :
مَا أَدَّى إِلَى الحَرَامِ فَهُوَ حَرَام
Maksudnya: Apa yang membawa kepada perkara yang haram maka hukumnya adalah haram.
Di sini kami nyatakan bagi orang muslim hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’ ketika menjalani aktiviti sukan antaranya ialah sepertimana berikut:
- Berpakaian yang sopan yang bersesuaian dan menutup aurat ketika melakukan aktiviti sukan
- Tidak mengabaikan solat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak menganggu ibadah puasa.
- Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan ketika melakukan aktiviti sukan
- Tidak menggunakan perlawanan sukan sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan haram seperti taruhan dan perjudian.
- Tidak menyakiti makhluk hidup, baik manusia mahupun haiwan seperti menjadikan burung sebagai target latihan menembak, menyeksa haiwan atau melagakan haiwan
- Aktiviti sukan yang dijalankan hendaklah tidak membahayakan kehidupan manusia.
- Tidak menjadikan sukan sebagai fanatik yang menyebabkan perpecahan sesama sendiri.
Justeru kami katakan bahawa terdapat banyak faedah dalam melakukan aktiviti bersukan namun sebagai individu muslim hendaklah mengikut peraturan-peraturan sebagaimana yang telah diterangkan di atas agar tidak melanggar apa yang telah ditetapkan oleh syara’
Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang jelas dalam menjalani kehidupan seharian dan kami akhiri dengan doa :
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”
Wallahua’lam
Semoga kita diperlihara niat dalam beriadah amin
BalasPadamMoga kita dijauhkan dari sukan yang haram ni...Syazni...tadi iklan google awak ni ada iklan minyak pengasih. Saya tengok la apa dia rupanya macam dijual minyak yang mistik ni la. Pelik juga iklannya. Minyaknya pun agak scary juga dalam botol.
BalasPadamYeke sis? alamak saya dah cari di adsense punya setting, tak ada pula advertiser tu. Tapi saya tahu iklan tu, saya ada nampak di blog2 lain juga. Moga tiada yang beli la
PadamMemang, dulu pun pernah diksh tahu ustad, bahwa olahraga itu bagus, dan sangat dianjurkan. Tp kalo sudah menjadi ajang taruhan , pakaian pun terbuka sangat, bisa berubah hukumnya . Semoga saja para atlet di negara kita tetap bisa menjaga makna baik dari olahraga.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.