Assalamualaikum wbt
Ini entry sambungan dari ENTRY Hujung Minggu Ke Pantai Saujana PD tu. Asalnya SR tengok-tengok lubang ketam aje. Tapi, lepas tu nampak ada brader banana bot. Saja buat-buat tanya, berapa harga, dan berapa lama kalau naik?
Adik tu kata, masa tak pasti, sebab ikut customer nak laju atau santai, yang boleh dikata fix sikit adalah dia punya route. Dia pun tunjuklah banana bot akan lalu mana dan ke mana semua tu. SR kata, tak berani sebab ayu kecik lagi. Dia kata boleh aje kalau hanya nak naik santai dan tak jatuh dalam air.
Yang penting, pakai life jacket.
Maksudnya, pakai life jacket betul-betul, bukan sekadar sangkut aje di badan. Dan dia memang berjanji sungguh-sungguh yang banana bot dia akan jalan santai-santai, perlahan dan tidak jauh ke tengah. Harga pula, dia ambil RM30 seorang, promosi katanya.
Kami pun setuju, dan bersantailah kami berlima atas banana bot yang memang perlahan aje. Syok juga, dan tak takut sangat.
Brader yang bawa bot pula, ambilkan gambar kami dari bot dia. Sebelum bot gerak, SR pass handphone dekat dia, sekali dengan beg yang ada barang-barang peribadi kami sekali. Sebab tak berani pula nak tinggalkan aje atas tikar kan.
Okeylah sebab dia memang offer nak snapkan gambar, adalah juga gambar kenangan dari atas banana bot.
Perjalanan santai kami atas banana bot tu, adalah dalam 20 minit. Lepas dah naik semula ke darat, buka semua jaket keselamatan, kami pun buat bayaran guna QR kod saja. Jadi, tak perlulah nak bawa cash sebenarnya kalau nak naik bot, banana bot atau donut bot dekat Pantai Saujana Port Dickson ni.
Adik bot tu pun memang cakap, dia hanya akan jatuhkan pelanggan atas permintaan saja. Sebab, jika pelanggan tak nak jatuh, tapi dia jatuhkan, lesen perniagaan diorang boleh kena gantung. Terutamanya jika ada budak-budak naik.
Begitulah kata dia.
Dah settle naik bot, kami pun lepak lagi tepi pantai sampai pukul 3 macam tu sebelum bergerak balik semula ke Kajang. Adam dan zaimi sambung main bola, ayu dan amir sambung main pasir. SR, duduk atas tikar sambil dengar lagu di Spotify sambil tengok 4 orang tu beriadah.
Itulah sahaja ceritanya.
Babye!
Selalu takut nak naik ingatkan memang dorg kena jatuhkan. Kalau boleh santai2 tu best jugak.
BalasPadamIbu pernah naik sekali saja masa tu tahun 2010@2011 tak silap. Dah lama sangat2. Waktu tu dia tak tanya kita nak jatuh ke tidak sedar2 dia cuma bagitau siap2 saya nak campak ni. Hahahah! Yg lelaki mmg suka lah kami perempuan lah cuak. Masa tu bercuti dgn family inlaw.
BalasPadambest nya kalau mcm ni.. suka tgk but takut nak naik sbb endinya jatuh siap tergolek dlm air lagi.. kalau mcm ni..ok la
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.