Assalamualaikum wbt
Sejak berpindah ke sini, zaimi selalu datang ke 3B Aquatics ni kalau dia nak beli makanan ikan dan keperluan untuk akuarium dan aquascape dia. SR selalu temankan aje lah. SR suka juga tengok-tengok ikan. Tapi, nak jaga ikan, memang tak pandai. Lain dengan zaimi, dia memang suka sangat bela ikan. Dia kalau masuk kedai akuarium, memang ralit dan leka. Ada je benda dia nak belek. Lampulah, makananlah...
Kita temankan ajelah...
3B Aquatics ni dah lama dah ada. Dulu, masa zaimi beli akuarium kami yang pertama untuk rumah di Senawang, di sini jugalah kami beli. Itu cerita 10 tahun lepas tu. Lepas tu, lama dah tak ke sini. Sampailah kami pindah ke sini semula, haa memang ke sini ajelah. Dekat sikit dengan rumah. Ada 1 kedai lagi, Aza, tapi itu jauh sikit.
Zaimi selalu beli stock ulat/ cengkerik untuk arowana dia dekat sini. Tak macam pellet, 2 jenis makanan tu, kena beli setiap minggu. Tak beli banyak terus, sebab takut mati, rugi pulak kan. Sekali beli dalam 4, 5 ringgit kot? SR pun tak ingat. Haha!
Di 3B Aquatics ni, SR suka cuci mata tengok arowana. Ada macam-macam breed juga. Suka tengok dia berenang, tenang aje. Arowana di rumah kami tu kecil lagi. Yang dekat kedai ni memang dah level abah-abah dah. Yang kecil pun ada juga.
Makanan ikan, kura-kura, kucing... Semua ada di jual. Nak beli ikan, udang, hamster, burung, akuarium, pun sini ada jual. Selalu kalau SR ke sini, tak pernah tak ada orang, sentiasa ramai pelanggan dia. Bayar pun boleh guna QR dan kad, jadi tak payah susah-susah nak keluarkan duit cash.
Ulat makanan arowana |
Macam-macam jenis makanan ikan |
Udang hiasan |
Comel kan udang-udang dekat atas ni? Ada juga zaimi beli untuk aquascape dia. Seronok jugak tau tengk udang-udang ni berenang. Healing gitu.
Makanan kucing |
Hamster |
Burung |
Bahagian depan kedai |
SR bukan buat review berbayar tau. Saja aje nak share, kepada sesiapa yang mencari kedai akuarium di Bangi, mungkin kedai 3B Aquatics ni boleh jadi salah 1 option. Akuarium dia pun harga okey tau, kualiti pun okey. Harga memang boleh tahan murah jika dibanding masa kami cari akuarium dekat Seremban sebelum tu.
Itu pengalaman SR lah, mungkin SR tak jumpa kedai lagi best dekat Seremban tu kan. Hihi... Okeylah, SR pun tak berapa sihat waktu menaip entry ni.
Korang take care ya, have a nice day ⚘
cantik ja ikan2 dlm akuarium
BalasPadamTenang mata memandang
PadamNemo ada tak?
BalasPadamSaya rasa ada, Dory pun ada! Hehe
Padamapa ya nama ulat untuk makanan ikan tu? selalu nampak tapi sampau ke sudah tak tahu namanya😁
BalasPadamPernah beli burung budgie kat sini Syazni. Kalau makanan ikan beli kat opposite Tenera tu. Dekat sederet nurseri bunga.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.