Assalamualaikum wbt
Semalam SR ada pergi ke kedai runcit di Sungai Ramal Dalam ni, atau rasanya kedai-kedai begitu lebih mesra dipanggil kedai aceh. Sejak kami tinggal di sini, memang selalu juga ke kedai ni. Jarang sangat beli barang basah di supermarket dah. Sebabnya, barang lebih segar, dan dekat dengan rumah.
Boleh singgah sambil-sambil aje. Alhamdulillah, dapat peluang merasa rumah dekat dengan segala-gala.
Berbalik pada tajuk, SR sengaja ambil Serbuk Kunyit Maktih ni. Nak cuba. Walauuuuupun, paket dia memang tak ada info tambahan gais. Memang apa yang ada dalam gambar di atas ni aje. Haha! Mungkin produk homemade kot kan?
Setelah dibuka, tekstur serbuk kunyit dia agak kasar, tak seperti yang kita beli jenama-jenama popular tu. Rasanya sama sahaja setelah SR letak dan gaul pada ikan kerisi yang turut dibeli dari kedai yang sama, tidaklah hambar. Bagi SR, rasa dia boleh bersainglah. Bolehlah menyedapkan ikan goreng di dapur kalian!
Harga pula, hanya beza sepuluh sen sahaja dengan yang cap Adabi yang dijual di kedai aceh tu.
Itu sahajalah review serbuk kunyit Maktih ini dari SR!
Serbuk kunyit homemade.. Tu agaknya kasar sikit..
BalasPadamtak kisahlah jenama apa, janji buatan muslim
BalasPadamMungkin homemade sebab tekstur agak kasar sikit
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.