Assalamualaikum wbt
#Throwback
Hujung bulan Mei 2024, zaimi tiba-tiba aje whatsapp SR booking details dari Agoda. Surprise katanya. Rupanya, dalam diam dia dah booked 1 bilik di eRya By Suria di Bentong, Pahang. 2 malam pulak tu. SR pun apa lagi, seronoklah! Terus kemas-kemas beg kan. Kebetulan pula memang cuti sekolah.
Zaimi kata kesian dekat anak-anak, tak ke mana-mana pula masa cuti sekolah. Adam sibuk dengan latihan bola tampar, adik-adik pula memang terperuk aje. Ayu siap pergi duduk di transit sekolah, sebab ada hari yang SR dan zaimi dua-dua ada hal di kampus. Memang menyambut baiklah bila zaimi ajak ke hotel yang ada kolam air panas di Bentong, Pahang tu!
Dah nama pun cuti sekolah kan. Walaupun perjalanan dari Kajang ke Bentong tu tidaklah jauh mana, tapi LPT sangatlah sesak. Perjalanan pun jadi drag lah. Lambatlah sikit sampai di eRya By Suria tu. Bila kami dah hampir sampai kan (ikut Waze), memang perasanlah jalan hedak ke sana, tak mesra mata langsung.
Sepanjang-panjang jalan selepas belok dari LPT tu, penuh dengan debu dan kesan pembinaan ECRL sedang berjalan. Ouch ouch... Sakit mata.
Hotel eRya By Suria ini pun, jauh juga ke dalam. Tips yang SR dah baca siap-siap berkenaan jika hendak menginap di sini, bawalah bekal makanan banyak-banyak, terutama jika ada anak kecil, atau pun orang tua yang senang hypo!
Sebab, memang tak banyak (hampir tak ada) kedai-kedai untuk beli-beli semua tu.
Berbalik pada cerita, sesampai aje kami di sana, terus cari parking di depan lobi. Kebetulan ada petak kosong, walaupun kawasan parkir agak penuh masa tu. Terus zaimi ke kaunter receptionist untuk check in.
SR dan anak-anak duduk sahaja di kerusi yang ada. Pening juga sebab jalan ke hotel ini berpusing-pusing dan banyak belok-belok. Mujur anak-anak tak muntah!
Kaunter pendaftaran |
Di sebelah jaunter receptionist, ada dijual makanan-makanan. Alhamdulillah, bolehlah nak tampung-tampung kelaparan kan. Tapi harganya, harga hotel lah ya kawan-kawan. Tidaklah terlalu mahal, tapi tinggi sikit dari kedai di luar.
Parkir |
Selesai check in, terus kami bergerak ke bilik. Kami dapat bilik tingkat bawah sekali, jadi tak perlu naik lif atau daki tangga. Tingkap bilik pula menghadap parkir yang di bahagian belakang hotel. Marilah SR kongsi sikit ruang-ruang dalam bilik hotel kami di eRya By Suria Bentong Pahang ni.
Let's!
Benda pertama yang SR terkejut adalah tandas dia. Tandas dia kurenglah gais. SR no like. Tapi SR buat-buat tak perasan ajelah. Pujuk diri, 2 malam aje. Bukan najis, cuma kulat. Tapi still untuk bilik yang berharga RM270++ 1 malam.... Arhh!
Bilik kami ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik agak luas tau, best! Almari dia jenis open, jadi memang tak berkepam. Good! Anak-anak ni memang, tak sempat omak nak buat room tour, diorang dah melompat atas katil 😂
Bilik dia boleh kata lengkap, walaupun barangnya simple. Ada pendingin hawa, TV, wifi, sterika, peti ais, cerek elektrik... Bilik ni juga ada pintu yang boleh connect ke bilik sebelah. Jangan risau, hanya boleh buka dari bilik kita. Orang sebelah pun hanya boleh buka dari bilik dia.
Tapi kalau kebetulan dua-dua buka pintu tu waktu yang sama? SR tak tau ya! Pandai-pandailah bermaaf-maafan dengan jiran sebelah tu haha!
Bilik kami ni dapat sekali dengan sarapan. Tapi, makan malam pun ada aje disediakan di kafeteria dia. Cuma harganya harga hotel, bak kata SR tadi. Boleh bayar secara online di kafe tu, kalau lupa bawa cash. Dia ada sediakan QR kod untuk buat bayaran.
Memang memandangkan kami tak bawa makanan berat, nak beli di luar pun jauh, maka kami berlima memang makan malam di kafe sahaja. Kalau tak silap SR, kami order Spaghetti Karbonara sahaja lima pinggan. Senang, benda sama aje. Harganya dalam belas-belas ringgit sepinggan. Maaf SR lupa harga yang tepat.
Sesudah makan, kami balik ke bilik dan cuba untuk adjust macam mana nak tidur lima orang, atas katil untuk 3 orang. Fikir punya fikir, akhirnya kami ambil extra bed untuk Ayu. Yang bagusnya, ambil extra bed di sini, dapat sekali breakfast.
Patutnya breakfast kami dapat untuk 3 orang. Ayu memang tak perlu bayar, orang tu kata sebab ayu kecil. Kebetulan ambil extra bed, dapatlah breakfast untuk seorang lagi. Kalau tak, tiap kali breakfast, kena bayar lain untuk seorang yang tak dapat breakfast tu.
Malam tu juga, kami berlima pergi berendam di kolam air panas. Fuh best! Gambar tak ada, sebab memang tak bawa telefon. Masing-masing nak merebus diri dalam kolam air panas tu. Mula-mula nak masuk tu rasa seram-seram sebab air panas kan, tapi lepas rendam kaki, jadi best dan akhirnya masuklah kami sampai ke hujung kepala 😂
Malam tu tidur memang lena. Maklumlah dah berendam kan masing-masing.
Esoknya, seawal 8 pagi kami dah terjah sarapan. Sarapan dia sedap tau, banyak pulak tu. Anak-anak SR yang lelaki memang kuat makan, memang semua nak dimakannya!
Ayu tak berapa nak makan. Sebab dia dah asyik meratib nak mandi kolam kanak-kanak. Semalamnya, kami tak dapat mandi dekat kolam kanak-kanak tu. Sebab sampai pun dah lewat, lepas tu hujan pula. Kolam kanak-kanak tu buka sampai 7 petang sahaja. Hanya kolam air panas aje yang buka sampai 11 malam. Itu pun, nak masuk ke kawasan kolam air panas tu, kena guna akses kad.
Tak apalah ayu, tak nak makan sudah, omak, ayah dan abang-abang kau dah kebulur! Memang tunduk aje kami kayuh sarapan kami! Nasi minyak kari ayam pulak tu!
Akhirnya ayu mengalah, dia pun minum jus oren dan makan bubur nasi. Sebab kami pujuk dia, nanti tak makan, tak larat pula nak mandi kolam!
Siap aje makan, terus berlarilah ayu dan amir balik ke bilik. Tukar baju mandi, sangkut tuala dekat bahu, ready dengan pelampung, terus menuju ke kolam kanak-kanak.
Kolam kanak-kanak dia ada tarikan macam dalam gambar di atas. Itu yang anak-anak tak sabar-sabar nak pergi berendam tu. Adam tak berapa minat sangat dah, sebab dia dah besar. Kolamnya pula cetek aje.
Tapi dia kena pergi juga untuk temankan adik-adik.
Siang hari pun, ada ramai juga yang berendam dekat kolam air panas tu tau. Tapi SR tak pergilah siang-siang. SR memang nak pergi waktu malam aje. Hehe...
Waktu siang, nampak sangat tiang ECRL tu. Tak best. Merosakkan keindahan pemandangan di kolam air panas Bentong ni. Itulah dilema kan. Kita nak kemajuan, tapi estetik terkorban.
Nampak jelas kan tiang ECRL dan kren? |
Lepas dah siap bermandi-manda, kami terus bersiap-siap untuk ke tempat lain pula. Itu nanti SR cerita di entry yang lain.
Menjelang petang, kami tiba semula di hotel eRya By Suria ni. Zaimi dan adam memang dah cakap, diorang taknak dah mandi kolam air panas malam tu. Sebab dah tak larat. Makanya tinggallah ayu dan amir temankan SR berendam dalam hotspring.
Itu pun, ayu sekejap aje. Dia pun kepenatan agaknya.
Akhirnya tinggallah SR dan amir sahaja yang berendam air panas. Biarlah SR nampak macam badak air pun. Malam-malam, dengan penuh wap air, orang tak perasan pun kan? Hahaha! Lagipun orang tak ramai sangat malam kedua tu. Tak macam malam pertama.
Esoknya kami pun chek out. SR ternampak ada 1 bunting, yang menunjukkan rupanya jika tak menginap, boleh saja beli Day Pass untuk mandi di kolam air panas eRya By Suria ni.
Dewasa RM15
Kanak-kanak 5-12 tahun RM10
Kanak-kanak bawah 5 tahun RM6
Warga emas & OKU RM8
Itu harga kalau pool access sampai 7pm sahaja. Kalau nak sekali dengan makanan, lain pula harganya. Boleh tengok di gambar bawah.
Kalau ada apa-apa soalan, kalian bolehlah terus hubungi pihak eRya By Suria Bentong ya.
ēRYAbySURIA Janda Baik
8567, Kampung Janda Baik, Bentong, 28700 Bentong, Pahang
Hours:
Open ⋅ Closes 10 pm
LOCATION CLICK HERE
Kesimpulannya, pengalaman menginap di eRya By Suria ni okey. Bilik okey, staff tersangat okey, makanan tersangatttt sedap. Toilet aje boleh ditambah baik.
Tentang pemandangan dah terusik akibat pembinaan ECRL, itu SR tak tau nak komen apa. Sedih jugalah tapi apalah daya.
Mistik dan hantu di eRya By Suria Bentong ni, kalau kata ada pun, kami benar-benar tidur mati dua-dua malam, tak adalah pengalaman menakutkan ke apa ke kan. Tapi SR positif cakap, tak ada pun unsur-unsur seram dekat sini. Sebab tak ada terasa seram sejuk ke, bulu tengkuk meremang ke, dengar orang mengilai ke... Tak ada.
Kalau ada pun, kami rasa tu bunyi dari bilik sebelah. Entah-entah anak SR yang gelak ketawa pula orang ingat hantu, kan? Hahaha!
Okeylah, itu sahaja review SR untuk penginapan kali ini. Jadi, pada yang tengah cari idea, nak pergi jalan-jalan mana cuti sekolah nanti, bolehlah pertimbangkan bawa anak dan isteri bercuti sambil berendam dalam hotspring!
TATA!
Pernah lalu, nampak best jugak ni.
BalasPadamSuria Hotel ni tak sure sama ke dengan Suria Cherating dan Suria Merang. Dulu nama hotel ni tak ada Erya. Kalau saya bayar lebih mestilah kita nak semuanya ok....kalau tak....tak berbaloi kita bayar lebih kan.....tak berkenan la kalau berkulat bilik air camtu.
BalasPadamSONOKNYA AYU COTI2 KAK DAH SAMPAI SINI
BalasPadambila ecrl tu siap mesti cantik kan?
BalasPadamnampak menarik.
BalasPadamanak anak ni kalau ada kolam memang mereka lah paling happy kan?
Erya ni banyak cawangan. Kat Janda Baik, Cherating pun ada. Kat Cherating tu dah pernah stay beberapa kali. Lepas PKP service out sikit. Bentong ni terkenal dengan kolam air panas. Asalnya dulu nama hotel ni Suria Hot Spring kalau tak silap. Dorg rebrand jadi Erya by Suria.
BalasPadamsepajang laluan LPT memang rancak dengan projek ECRL kan, thanks for sharing Syaz, Erya by Suria yang kak ana pernah stay kat Cherating, best juga sebab ada private beach.. may be boleh ke Bentong pula , In Syaa Allah
BalasPadamSeronoklah mereka main kolam
BalasPadamsebutan dia ee ria atau ER YA?
BalasPadamAisssh menariiiik ada kolam air panas pula 👍👍😍. Anak2 saya pasti sukaaa juga kalo stay di sini.
BalasPadamSayang kamar mandi tak seberapa best ya. Tapi btw, kulat itu maksudnya binatang ulat kah kak? Semacam cacing? Aissh kalo benar, saya termasuk yg takut sangat dengan binatang tak berkaki ini 🤣😅
Bukan2, kulat itu mould / fungus Fanny 😊
Padamptt lah tak menyabor dak ayu nak mandi kolam..ada tarikan upenya..haah lah SR, nmpk tiang & kren tu..menganggu pemandangan...tapi okey lah kan bawak anak2 cuti santai kat hotel..sonok dorang..
BalasPadamAmboi Ayu punya excited nak mandi kolam sampai tak nak makan yer .
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.