Assalamualaikum wbt
SR ni kan, memang gila minyak wangi. Banyak betul minyak wangi dan body mist SR. Yang Elianto tu aje, SR ada berbotol-botol 😂 Macam mana nak lebat duit simpanan sebab selalu sangat shopping perfume ni???
Anyway, hari tu SR ada pergi Watsons, ternampak pula minyak wangi Eau De Cologne yang menarik rupanya ni.
Syahirah Vitalis, kod Dazzling. SR pun terus guna tester yang disediakan, Terus terpikat. Belilah sebotol. Haha!
Baunya jenis manis-manis. Tak berapa tahan lama kalau nak pakai jalan-jalan. Tapi kalau pakai di rumah, lepas-lepas mandi sambil peluk suami anak tengok TV, okey juga. SR suka bau dia. Kadang tu ada juga SR pakai masa keluar ke mana-mana, tapi memang tak adalah semerbak sampai ke balik.
Bolehlah buat raso-raso dalam 1 jam macam tu, selagi tak berlasak. Tapi, bila SR cium bau di bahagian pakaian yang disembur oleh Syahirah Vitalis ni, baunya masih ada. Tak adalah hilang terus. Cuma tinggal lite lite.
Harganya memang sangatttttt mampu milik, masa SR beli harganya RM16.03.
Itulah sahaja, TATA!
Akak pun suka perfum yang bau manis-manis.... tapi akak biasa pakai perfum murah je... beli jenama avon je biasanya tahan lama juga
BalasPadamWahh....Koleksi tu..Sy kena habiskn satu2 perfume baru dibenarkn beli yg lain =D
BalasPadamIiih kak Sr kita samaaaaaa 😍😍😍. Saya pun koleksi aneka parfume, dari yg branded sampai yg murah meriah 🤣
BalasPadamMemang sukaaaa sangat dengan parfume. Sampai2 sebelum tidur malam saya selalunya mandi dulu. Trus wajib pakai parfume biar saat bangun pagi, ttp wangi 😄
Vitalis saya sukaaa. Ada sabunnya juga. Tapi saya belum coba semua wangi lah. Baru beberapa saja.
Saya tuh kalo ke Malaysia lagi nak cari parfume legendary. Kata teman saya enaaak wanginya. Parfume lokal sana.
Faham la kalau boleh la buat buat raso hahahaha :P
BalasPadamBotol perfume tu nampak mahal
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.