Assalamualaikum wbt
SR ada sediakan satu laman web, yang SR letak ebook untuk bacaan kanak-kanak dan remaja. Cerita-cerita yang SR tulis sendiri semuanya. Sebabnya ketika SR dalam perjuangan PHD ini, adakalanya SR rasa lost. Inilah cara SR untuk kekal waras; menulis fiksyen. Muka surat hadapan pula, SR buat sendiri guna AI Bing Image dan Canva.
Kebetulan, SR memang sudah berdaftar jadi penerbit individu dengan Perpustakaan Negara Malaysia. Rugi pula kalau biarkan sahaja kan.
SR memang dah berniat untuk memperbanyak bahan bacaan anak-anak kita semua. Ceritanya pendek-pendek sahaja, sesuai untuk anak-anak sekolah rendah. Sekolah menengah dan remaja pun ada, tapi setakat ni baru ada 1 cerita, Kuatlah, Raina! tajuknya.
Insyaallah, jika diizinkan Allah SWT, SR akan selalu update laman web SR tu. Bolehlah anak-anak sekolah tambah-tambah isi dalam NILAM / AINS mereka.
Ebook di situ semua SR tak kenakan apa-apa bayaran, bacalah secara percuma. Lepas baca, boleh beri rating di Goodreads. Boleh juga share kepada sesiapa sahaja.
Anggaplah ebook itu semua saham untuk SR di 'sana' nanti.
To date, berikut adalah ebook-ebbok yang ada. Boleh KLIK SINI untuk terus ke laman web tersebut, atau boleh klik pada gambar-gambar muka surat hadapan ebook di bawah ini.
Selamat mengisi NILAM! Kategori dan butiran juga ada SR sediakan sekali. 😄
Wah bagusnya kak .. rajin menulis
BalasPadamKeep it up!
menariknya Syaz, teringat dulu anak-anak kak ana rajin lah penuh kan buku laporan Nilam masa depa sekolah dulu, ada jer pameran kak ana akan bawa dan beli buku-buku promosi. Ada simpan sampai laa nih :) Tahniah Syaz
BalasPadamWaaa bagus nya.. bakat yg ada jgn dibiarkan.. dah berdaftar dgn Perpustakaan Negara Malaysia tu kira okay dah la.. semoga terus berjaya
BalasPadamKak SR, saya sukaaaa tulisannya ❤️❤️❤️❤️. Saya baru baca 1. Nanti nak baca semua. Baguuuus sangat. Dan ada lesson yg bisa diambil dari cerita. 😍. Anak saya masih suka dibacakan cerita sebelum tidur. Boleh lah ini saya bacakan buat mereka nanti.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.