Assalamualaikum wbt
#throwback
Beberapa minggu selepas kami sekeluarga sewa gelanggang badminton di Uptown Sports Bandar Baru Bangi tu, kami pergi lagi! Haha! Memanfaatkan raket badminton yang dah baru SR beli tu lah katakan. Tapi kali ini, adik SR, Boi, dan anak isteri dia turut terjebak!
Anak-anak SR memang terpaling excitedlah, bila SR kata yang weekend nanti, Uncle akan datang dengan Aunty, Inas dan Iman untuk main badminton sama-sama. Ayu memang menghitung hari aje nak tunggu weekend 😂
Si Iman yang kecik ni pun tak ketinggalan nak beraksi atas gelanggang! Bukan main lagi dia dengan kasut kecik comel dia tu ha!
Kami sewa dua jam pula kali ni. Boleh main tukar-tukar pasangan, dan boleh main lama sikit. Kejap main single, kejap main double. Kadang tu siap 1 team 3 orang pun ada 😂
Berpeluh jerut, bak kata orang Kelantan. Ayu pula, bila ada Inas, memang tak adanya dia nak ajak sepupunya tu main badminton. Dia main lari-lari tepi court, adalah! Sekejap-sekejap lari, sekejap-sekejap berborak. Yang paling selalu anak dari kecik dua orang tu buat adalah naik turun kerusi umpire.
Bahaya juga sebab tinggi, jenuh SR nak pesan dekat si ayu tu!
Yang terpaling happy adalah amir. Dia kata, asalnya amir aje yang ajak ayah main badminton dekat court bawah apartment. Sekarang, semua dah suka badminton dan main dengan amir dekat court sebenar!
Iyolah amir!!
Selesai dua jam, kami dah berada dekat kedai makan roti canai atas bukit. Hahaha! Sewa dua jam, tapi tak daya pun nak tunggu sampai minit terakhir dua jam tu atas court. Dengan budak-budak lagi kan. Baik pergi makan!
Seronok!
Lepas ni bolehlah repeat lagi main badminton ramai-ramai macam ni. Sesiapa yang rasa bosan tiap kali hujung minggu tak tau nak buat apa dengan famili kan, korang pergilah main badminton dekat court! Feeling dia lain tau, rasa semangat atlet meresap ke dalam roh!
Hahahaha hyperbola kan!
TATA!
Bagus aktiviti beriadah gini kan ... Anak² lagilah happy bila ada sepupu² join sekali 👍
BalasPadamMasa kerja ofis lama dulu selalulah main kat ‘real’ court sbb mmg ofis sediakan. Lepas tu main jelah kat court bawah rumah yg garisan tepi pun dah pupus
BalasPadamx de teman nak main badminton jd sy berkebun di sekeliling umah saja ye..
BalasPadamBest! Aktiviti sihat bersama keluarga. ;)
BalasPadamsonoknyer beriadah sama satu famili., ehh 2 famili tuu., hehe
BalasPadamwah peminat badminton ni bagus tu
BalasPadamKomfom keluar peluh cam ni!
BalasPadambeautfiul post, have a nice weekend
BalasPadamtepi rumah ldy ade gelanggan badminton.. selalu juga sewa.. mmg seronok anak2 wlpun pandainye tidak :D :D :D
BalasPadamaktviti yg baguss
BalasPadamBest nii ..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.