Assalamualaikum wbt
Sejak kami berpindah ke sini, memang Restoran Ayza's ni antara selalu jadi pilihan untuk kami jika mahu makan di luar. Terutamanya untuk bersarapan. Lokasinya yang tak jauh dari rumah serta parkir yang banyak, menjadi faktor kami selalu ke Ayza's ni.
Restoran Ayza's ni terletak di:
209, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorLocation: KLIK
Rasa makanan dia memang kena dengan selera kami berlima. Harganya normal sahaja, standard untuk kedai-kedai makan di sekitar Bangi dan Kajang ni. Yang penting, makanan cepat siap! Tak perlulah menunggu lama.
Hujung bulan Jun haritu, SR ada dating dengan Amir. Dia request nak keluar berdua sahaja dengan SR. Alasan dia, sebab Ayu dah selalu sangat keluar berdua dengan SR. Hati ada sikit jeles la tu hahaha! Dia request nak pergi IOI City Mall Putrajaya.
Itu nanti SR sambung di entry lain, tentang apa dia nak pergi sangat ke IOI tu.
Jadi, seawal 9 pagi kami berdua dah keluar rumah. SR terus ajak Amir ke Restoran Ayza's ni dulu, isi perut sebelum pergi merambu. Senang kan kalau dah makan.
Memang cakap dekat dia (berbaur ugutan manja), kalau amir makan tak habis, kensel! Tak payah pergi IOI. Jadi, SR suruh dia pilih menu yang dia rasa dia boleh habiskan.
Lepas berfikir dalam seminit dua, amir pun terus pilih untuk makan nasi goreng biasa. SR pula order nasi goreng ayam. SR memang dah maklum, ayam dalam nasi goreng ayam di Ayza's ni banyak tau! Jadi, separuh ayam SR, SR bagi pada amir.
Air pula memang jaranglah anak-anak SR order yang lain selain Teh O Ais, Teh Ais atau Sirap Ais. Balik-balik order yang antara tiga tu aje. Untuk breakfast date kami kali itu, Amir order Teh O Ais. SR pula memang order Nescafe Ais Kaw. Untuk taknak mengantuk sewaktu nak drive balik nanti. Dahlah zaimi tak ikut, siapa lagi nak drive kalau bukan omak! Hahaha!
Itulah sahaja kisah breakfast date SR dengan amir di Restoran Ayza's yang terletak seberang jalan dengan PKNS Bangi tu. Paling tepat, seberang dengan Taman Tasik Cempaka.
Sesiapa yang mencari kedai mamak atau ada yang panggil Mapley yang sedap di Bangi, bolehlah cuba ke Ayza's ini ya. Mamak lain tak sedap ke? Sedap juga. Cuma ini antara pilihan yang ada.
Nanti di entry lain SR cerita ke mana SR dan Amir pergi, dan apa yang kami buat!
Ada yang nak baca ke? Eheheh...
TATA!
ugut-ugut manja tu kan... ldy selalu guna untuk anak2.. huhuhu.. tp pernah baca ilmu parenting.. kite x boleh ugut2 anak.. tp kalau x ugut mmg x menjadi.. huhuhuhu..
BalasPadamWAH AMIR IN RED MAKAN NASI GORENG SEDAP TU
BalasPadamrindu lak makan-makan di kedai sekitar Bangi... dulu masa paksu belajar ukm rajin jugak ke sana... kali ni macam takde tujuan ke sana lagi
BalasPadamsalam singgah. lam atak pegi bangi. suka sgt ke situ sebab dulu belajar situ and makanan mudah cari. klu makan nasi berlauk memang confirm org kita yg masak. bukan org luar. so takdelah tertipu pegi kedai makan tapi masakannya tak sama mcm mak - mak kita masak.
BalasPadampaling suka pasarnya. dulu kat fasa 1 kot kalau tak silap. memang sanggup dulu keje kat dengkil, dtg hari sabtu tuk pasar malamnya sahaja
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.