Assalamualaikum wbt
Sejak pindah ke Sungai Ramal Dalam, kami selalu pergi ke Seksyen 10 Bandar Baru Bangi ini sahaja untuk urusan cuci kereta. Ada aje tempat-tempat lain, tapi sebab car wash yang ini paling dekat dengan rumah. Proses dia pun agak cepat, sebab dia guna cara pandu lalu.
Car wash Shell Seksyen 10 ni tak ada mesin berbulu yang pusing-pusing tu pun. Tidaklah macam Cyclone punya Car Wash tu. Semua manual aje. Tapi boleh tahanlah cepatnya. Yang lama pun, masa beratur aje, kalau kereta banyak.
Bila kereta kita dah sampai giliran, laju aje.
Bila dah hampir giliran kereta kita, akan ada pekerja dia tanya. Nak cuci yang macam mana, mau ubat ka biasa?
Gittew...
SR selalunya akan ambil yang 'ubat' punya. Sebab lebih tahan lama kilat dan bersih dia. Jadi, dia akan basuh kereta kita, tanpa kita perlu keluar pun dari kereta untuk proses basuh.
Dia ada tampal banyak QR code ni. Katanya Cashless Payment Only. Tapi SR pernah aje bayar cash. DIorang ambil je, tak marah pun. Ada sekali tu, dia pula request cash. Haha.
Ini senarai harga, untuk rujukan. Kereta SR kalau ambil yang sekali 'ubat' tu, harganya RM29. Kalau tengok dekat list tu, tak ada RM29 kan kan? SR pun tak tahu pecahan harga dia hihi. Tapi agaknya dia campur sekali dengan wax tayar selepas vakum tu kot?
Masa cuci boleh duduk dalam kereta, tapi masa vakum, kenalah keluar. Duduklah sekejap dekat tepi bagi diorang bersihkan segala keladak dan serdak anak-anak SR yang selalu makan dalam kereta tu. Masa ni, penuh dengan Twistis. Hasil balik dari KB untuk Raya Haji masa tu.
Malu omak. Tapi tebalkan aje muka 😂
Yang penting, selepas siap basuh, vakum, wax tayar semua, kereta SR kembali berseri-seri dan bersinar. Yeayy.
Lama ke? Bergantung kereta beratur berapa lama. Sebab, proses dari mula cuci sampai siap vakum, SR selalu kena dalam 15 - 20 minit macam tu. Tak lamalah, ketibas pun tak sempat. Kereta masa beratur, kalau aircond kereta kita elok, Insyaallah kita pun tak akan kepanasan.
Nak basuh sendiri, memang tak lah kan. Haa bayar ajelah RM29 tu. Settle. Tahanlah dalam sebulan dua tak payah basuh sangat.
Lepas siap cuci kereta, boleh terus isi minyak. Hehe... Walaupun SR selalu isi minyak kereta di Petronas, tapi bila cuci kereta dekat sini aje, mesti tergoda nak isi minyak terus. Entahlah kenapa.
Oh ya, Shell Seksyen 10 ni terletak sebelah aje dengan Uptown Sports Bandar Baru Bangi. Kot lah ada yang mencari car wash di Bangi ni.
Itu sahajalah cerita dari SR kali ini.
Selamat Tahun Baru Hijrah untuk semua! Semoga tahun ini membawa limpahan rezeki untuk kita semua 💖
Mudah yang jenis tak payah turun ni. Boleh tunggu dalam kereta je.
BalasPadamSaya pun kdg kalo habis road trip, mobil dah pasti kotor, ntah dengan serpihan makanan atau tanah yg terbawa dari sepatu. Kdg malu juga lah dengan yg bersihkan mobil, tapi macam mana lagi. Memang Krn kotor kita nak bersihkan 🤣
BalasPadamSebulan sekali memang akan cuci kereta luar dana dalam kereta .. tambah kalau ada anak² ni paham² laa kalau makan jajan dalam kereta kadang tertumpah
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.