Assalamualaikum wbt
Pengalaman Urut 1 Badan di Armel Spa, Sungai Ramal Dalam
Hai, walau dah update, masih guna gambar sama? Haha! Ya, sebab satu sahaja gambar yang SR sempat ambil masa pergi berurut di sini minggu lepas. Sebabnya, bila dah masuk ke dalam premis Armel Muslimah Home Spa ni, SR terus lupa dekat telefon.
Korang boleh aje search gambar-gambar lain di Google. Tapi, SR cuma nak cakap yang suasana dalam Armel Spa ni, sangat condusive dan menenangkan jiwa SR yang kecamuk masa tu.
Agitchew kecamuk kenapa tu Senah???
Haha!
Ruangan Armel Spa ni sangat comel tau, masuk-masuk aje, terus nampak katil untuk treatment. Therapist dia hanya Eyka seorang. Memang disambut dengan sangat ceria dan welcoming sangat. Muzik yang tenang, lampu yang dimalapkan, aircond yang tak sejuk sangat, tak panas sangat... Pergh teringat ni rasa nak repeat haa!
Kisahnya, petang sebelum tu SR seharian ada di ladang. Ala, tempat SR gaul-gaul media projek SR tu lah. SR gaul 300kg bahan dalam 3 tong, seorang diri! Mana tak terkehel segala urat SR.
Habis aje buat kerja, terussss cari Armel Spa punya contact number. Sebabnya, zaimi pernah cakap, "Kau kalau nak berurut, aku rasa macam ada nampak dekat sebelah masjid yang sebelah SK Sungai Ramal Dalam tu."
Masa tu, SR dah search dah nama spanya, tapi tak bersungguh sangat. Maklumlah, tak memerlukan lagi kan.
Haaa petang tu, pinggang, peha, belakang, lutut semua dah meraung, meraunglah SR cari balik Armel Spa tu!
Search sekejap aje, keluar terus maklumat apa yang dicari. Sepantas kilat SR Whatsapp. Tak lama lepas tu, mesej SR dibalas, dan terusss book appoinment untuk malam tu jugak. Tak kira, nak jugak urut belakang punya pasal.
Set temujanji pukul 8 malam. Jarak dengan rumah pun hanya 2 minit aje memandu. Dekat gila kan? Haha!
Sampai aje, terus buka dan ganti pakaian, dan bermulalah sesi treatment SR dengan Eyka.
Honest review dari SR:
Punyalah legaaaaa SR malam tu gais. Eyka punya tangan, dia urut tu, rasa. Krup krap krup krap. Memang tak menyesal SR book tergesa-gesa dengan dia sebelum baca review orang lain. Rupanya, bila baca review-review Armel Spa dekat Google, semua mantul.
Memang lega. SR puas hati dengan servis. Insyaallah akan repeat.
Jadi kan, kepada sesiapa di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang, Semenyih... Dan yang berhampiran, kalau terasa nak urut yang sedap, boleh cuba Armel Spa. Cubalah sendiri berurut dengan Eyka. Syok!
Nak pakej apa, nak tanya promo ke, terus saja contact Eyka sendiri. Maklumatnya SR ada kongsi sekali di bawah.
Armel Muslimah Home SpaJalan Besar, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, SelangorWaze: Location
Wahhhh mesti best kan.....saya selalu buat kat Thai Odyssey IOI City Mall. Ni pun terasa nak kena pergi jugak ni.
BalasPadamWah!. Best ni. Boleh masuk dlm list.
BalasPadamThanks SR for sharing.
Terus rasa nak pi buat urutan badan, Sis auka relax-relax gini..
BalasPadamSenang hati kalau dah jumpa tempat yang sesuai, bolehlah Syaz pergi selalu kan 😀
BalasPadamisteri abe kie panggil tukang urut dtg ke rumah je.
BalasPadammesti syok kan dah penat2 lenguh lps tu ada org urut perghhh👍👍
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.