Assalamualaikum wbt
Kalau sesiapa yang baca blog SR ni dari awal dulu, terutamanya sejak 2020, mesti pernah terbaca yang SR pernah bawa ayu ke klinik gigi untuk tampal gigi kan? Sebenarnya, dah dua kali. Tapi, ayu ni memang suka makan manis-manis. Jadi, ada dua lagi gigi geraham bawah dia yang berlubang.
1 gigi tu tak sakit lagi. Tapi 1 gigi tu dia dah mengadu sakit sampai terjaga dari tidur malam. Jadi, SR dan zaimi decide untuk bawa dia ke klinik gigi kerajaan sahajalah. Sebabnya, beberapa bulan lepas, zaimi juga pernah dapatkan rawatan dekat Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi (KPBBB) ni. Servisnya okey, dan tak sakit.
Tak apalah, kita cuba. Lagipun dah sakit sangat, tak sempat nek recce dah klinik gigi swasta mana yang okey dan sebagainya.
Jadi, pukul 7 kami terus ke KPBBB. Sebab untuk walk in pagi sahaja yang ada. Petang untuk yang ada temujanji.
Ingatkan jadi orang nombor satu, sekali rupanya jadi orang ke-13 walaupun datang sebelum pukul 8. Kena bayar RM1 sebab Hrmis SR dan zaimi tak keluar nama ayu. Bengong betul. Nanti nak kena semak balik dengan admin kami. Nasib baik RM1 saja tau. Kalau mahal??
Menunggu sejam lebih juga. Dalam pukul 9ish, baru ayu dipanggil. Doktor gigi terus check semua gigi dan tampal yang ayu mengadu sakit dulu.
SR tanyalah, tak boleh ke buat dua-dua lubang sekali?
"1 saja, satu hari 1 saja." Kata doktor gigi.
Tak sampai pun 10 minit, siap ayu tampal gigi. Laju sungguh. Bagus! Cuma nak sampai giliran ke bilik rawatan ini sahaja yang agak lambat. Tapi memang lumrahnya begitu. SR okey aje, ayulah yang bosan sikit menunggu.
Baiklah. Kalau nak tampal yang 1 lagi, dia suruh datang hari lain dan repeat saja proses yang sama.
Tengoklah, rasa nak cuba klinik gigi swasta, sebab di Bandar Baru Bangi ni ada banyak juga kan. Tapi tengoklah dulu nanti macam mana.
Dan ayu, memang nak kena catu dia punya makanan manis!
Kalau zmn sekolah dulu, buat rawatan gigi klinik kerajaan mmg sakit (masa injek bius utk cabut gigi), rasa separuh nyawa terbang. Skg dah byk improve.
BalasPadamBetul, samalah kita. Sampai jadi trauma dengan klinik gigi hihihi
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.