Assalamualaikum wbt
Kisah semalam. SR pagi-pagi dah keluar rumah untuk pergi ke makmal, ada urusan dan kerja sikit nak disiapkan. Begitu begini, tengok jam dah pukul 9.30. Baru teringat nak makan sarapan kan. Ubat pun tak makan lagi ni. Jadi terus call zaimi, tanya dia ada dekat mana. Nak ajak makan lah sekali.
Sekali dia dah makan daa. Aiseymen. Terus hung up dan fikir, dekat manalah SR nak sarapan. Sekali terdetik rasa nak cuba makan nasi lemak di Richiamo Coffee. Terus start kereta dan vroomm vroomm lah.
Richiamo Coffee Sunway Gandaria Bandar Baru Bangi ni terletak di sebelah Zus Coffee dan di bawah Restoren Ketam Viral. Sunway Gandaria ni terletak berdekatan dengan PKNS Bangi. Bertentang dengan Nu'in Cafe yang sederet dengan Restoren Mok Su Nab.
Ha banyak dah tu tempat-tempat popular di area sini yang SR dah mention. Eheheh... Tapi, alamat rasminya adalah seperti berikut:
Richiamo Coffee BangiUG-12, Sunway Gandaria Residences, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorPhone: 03-8920 90649AM - 10PM everydayLocation KLIK HERE
Disebabkan datang sorang, SR duduk di meja hujung sekali tepi tingkap yang menghadap jalan raya. Duduk di meja yang kerusi tinggi. Kalau dengan anak-anak, SR tak akan duduk kerusi ni, sebab susah anak-anak nak naik dan duduk. Sebab sorang, kita cubalah. Tengok boleh healing ke tidak tengok pemandangan 😂
Oh ya, di sini, kena order di kaunter. Bayar siap-siap. Staf bagi nombor meja, dan dia yang akan hantar apa yang kita order tu di meja.
Ada menu apa di Richiamo Coffee Bangi ni? Boleh tengok di SINI lah ya. Kot-kot nak tengok dan fikir dahulu sebelum datang ke sini.
SR memang teringin nasi lemak, jadi order nasi lemak biasa. SR juga order croissant chicken and cheese slice. Untuk minuman, SR ambil Ice Caramello Vanilla. Total harga tak sampai RM30. Croissant tu mungkin mulanya sedikit overprice bagi SR. Tapi rasanya sedap sangat, saiznya pun besar. Jadi SR tak kisah.
Nasi lemak dia punya sambal memang awesome. Sedap gilaa sampai rasa nak beli nasi sepinggan lagi. Nasib baik masih mampu mengawal diri.
Nasi lemak dan croissant chicken and cheese slice Richiamo Coffee. |
Bergambarlah sekeping. Sambil tengok pemandangan yang biasa-biasa aje dekat luar. Nampaklah masjid dan deretan kedai depan tu. Okeylah, tak adalah nampak bangunan terbengkalai kan, lagi tak best. Bila duduk di kerusi tinggi dan tepi tingkap macam ni, teringat pula kenangan minum kopi jenama S (masa tu tak boikot secara intensif seperti sekarang) ketika di Shibuya, Jepun. Seronok tengok orang-orang melintas jalan di lintasan jalan kaki yang popular di dunia tu.
Dan baru teringat yang SR tak update cerita SR ke Jepun tu lagi di blog ni hahaha! Adoi!
Anyway, SR boleh katakan suasana dalam Richiamo Coffee Bangi ni selesa dan nyaman. Tenang aje rasa ketika makan.
Lepas ni bolehlah cuba bawa anak nan 3 ketul tu dengan seketul bapaknya sekali. Tapi itulah, anak-anak free weekend aje. Kalau weekend tak pastilah Richiamo ni ramai orang ke tidak. Kena checklah nanti.
Ok gais, babai!
cantik cawangan sini.. busyra bru minum coffee dia 2 hari lepas..
BalasPadamsy jrg makan di cafe jika sorang2. Tp jika dah terpaksa makan je la sambil scroll tiktok. hehehehe...
BalasPadamhealing bersarapan sorang diri ya
BalasPadamOkay nanti nak cuba jugalah nasi lemak di Richiamo coffee
BalasPadamhealing sangat nih., ke me-time org panggil ghiteww., hehe
BalasPadamKopi ini dah zus coffee dah masuk list saya. Esok di KL nak coba , Krn banyak teman bilang sedap kan 😄. Oh dan ternyata dia juga jual nasi lemak ya kak
BalasPadamKemas susunan nasi lemaknya. Kalau sedap, harus lah kena repeat order.
BalasPadamSedapnyaa
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.