Assalamualaikum wbt
Hari tu SR dan zaimi ada pergi ke Mr DIY di Evo Mall Bandar Baru Bangi, ada mencari barang-barang untuk projek SR sikit. Ayu macam biasalah, mesti nak mengekor. Sambil berjalan-jalan dalam Mr DIY tu, ada nampak deretan topi-topi.
Ada macam-macam jenis topi, tapi yang menarik perhatian ayu adalah topi cowboy. SR pun ambil dan pakaikan dekat atas kepala ayu.
"Mak, ambil gambar ayu!" Sambil dia buat gaya macam di atas.
Tergelak besar SR 😂
Ada-ada aje akal si bongsu ni. Katanya itu gaya dia naik kuda. Koboi kan bawak kuda, katanya.
Lepas dah pakai, terus sangkut semula. Nasib baik ayu tak minta belikan. Harga tak ada masalah, cumanya ayu ni suka hangat-hangat tahi ayam. Beli itu ini, last last terbiar aje di rumah tu. Inikan pula topi koboi, di mana sajalah dia nak pakai nanti? Kan?
Lainlah kalau yang mencari topi koboi ni, nak pakai untuk naik kuda betul-betul ke, atau nak pakai pergi party atau majlis yang bertema, yang memerlukan topi koboi ni dipakai.
Kesimpulannya. siapa cari nak beli topi cowboy di mana, bolehlah cari di Mr DIY berdekatan anda. Ya, ini bukan post promosi! Saja nak kongsi aje😎
ingatkan saya je suka try mcm ni hahaha
BalasPadammukin SR leh bwk ayu gi naik kuda DBKL kat tasik Titiwangsa tu murah sehinggit je., hehe
BalasPadamComei je Ayu..
BalasPadamMA pun ada 1 topi koboi di rumah..arwah suami punya. Dia beli masa ada staff party...tema koboi...jadi ada la jugak kannn
Eh!. Topi kita sama lah Ayu. Tapi tak ingat plak I beli kat mana (some where in Aussie). Tapi betul, sudahnya topi tu bukan kami pakai pun. Klu summer pun, prefer pakai cap atau topi pantai.
BalasPadamKelakar si Ayu ni .hehe kemain dia posing tu ..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.