Assalamualaikum wbt
#throwback
Abang-abang yang semangat! |
Aneh kan tiba-tiba SR up post pasal aktiviti sukan? Kan kan kan! Haha!
Ini kiranya adalah pengalaman pertama kami sekeluarga sewa court / gelanggang. Sebab tu agak ciwi nak cerita. Hehe... Anak pun dah besar sikit, jadi bolehlah nak bawa ke tempat-tempat macam ni. Sambil-sambil SR dan zaimi buat aktiviti sukan sikit kan. Maklumlah, kami pun dah berusia.
Asalnya hanya amir dan zaimi yang mula main badminton semula di court badminton awam di bawah apartment kami ni. Lama-lama, semakin semangat. Tukar tali raket, tukar pemegang raket, sampailah akhirnya zaimi dan amir pergi survey gelanggang badminton pula. Itu yang akhirnya zaimi booked court di Uptown Sports Bandar Baru Bangi.
Pertamanya, lokasi yang amat dekat dengan rumah sewa kami ni. Kedua, harganya boleh dikira okey.
Uptown Sports is a multi sport complex. There are 7 futsal courts, 1 international futsal court, 12 Badminton court, gymnasium, sports shop and restaurant.Hours:Open ⋅ Closes 1 amPhone: 013-920 8880
Untuk kami 5 beranak yang level noobies ni, sewa 1 jam sudah memadai. Sewa seawal 9 pagi, kami datang dengan raket masing-masing. Gittew... Zaimi memang ada raket zaman dia bujang dulu, anak-anak pun memang pernah beli raket.
SR lah yang gigih, malam sebelumnya beli raket di kedai alatan sukan yang berada dalam premis Uptown Sports ini juga. Hihi!
Yang banyak main semestinya zaimi dan adam amir, SR masuk sekali-sekala. Ayu memang belum pandai main langsung lagi. Lama-lama dia sendiri yang hangin dengan diri sendiri sebab dia pukul bulu tangkis asyik tak kena.
Hai la ayu...
Ayu team dengan ayah, tapi ayah yang gerak sorang-sorang, ayu berdiri aje 😂 Adalah sekali-sekala cuba servis dan ambil shuttle cock, tapi ayu memang banyak lagi kena berlatih!
Yang penting keazaman tu ada! |
Sampai terkeluar dagu kedua SR sebab nak tayang raket baru! Aduh! |
Dah lama tak main badminton, SR sebenarnya agak takut untuk bergerak banyak sangat. Lutut SR pun tak berapa okey sekarang. Risau juga kalau tersalah sikit, seminggulah jalan terhincut-hincut. Tapi, dah beberapa minit main, rasa seronok dan semangat pula!
Siap smash smash!
Gelak aje anak-anak tengok gelagat emak diorang yang tiba-tiba naik syeh!
Lama tak keluar peluh, sesekali dapat berpeluh basah kuyup macam ni, best jugak ek! Walaupun kena bangun dan bersiap di awal pagi hari minggu, tapi anak-anak semua happy, SR dan zaimi pun rasa segar sikit.
Selain gelanggang badminton, di Uptown Sports Bandar Baru Bangi ni, ada banyak lagi kemudahan ruang sukan yang lain sebab ia adalah Multi-Sport Complex (Kompleks Sukan Pelbagai). Ada gelanggang futsal, bola jaring, bola tampar, bola baling, dodge-ball, frisbee, sepak takraw serta seni pertahankan diri.
SR juga ada nampak kelas zumba dan servis bekam dekat Uptown Sports Bangi ni. Sesiapa yang mencari kompleks sukan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya ke kan, bolehlah datang survey tempat ni. Kawasan dia luas, parkir pun banyak. Kalau parking dekat dalam penuh, parkir di belah luar pun banyak tau.
Rate harga dia berbeza-bezalah kalau ikut gelanggang apa yang booked dan sewa. Untuk badminton, harganya sama sahaja setiap hari, tapi berbeza ikut jam. Pagi pukul 9 sampai 5, RM20. 5 petang sampai 8 malam, RM22. 8 malam sampai 1 pagi, RM25.
Yang seronoknya, Uptown Sports akan bagi kita air percuma kalau kita share story dengan gambar/ video ketika di sana + tag akaun sosial media mereka. Snap, Tag & Post namanya nanti dapat free drinks! Yeay!
SR pun apa lagi, teruslah upload story di Instagram SR. Tunjuk sahaja di staf kaunter, dia terus kira kami ada berapa orang. Ingatkan kenapa, rupanya dapat air sorang satu! Hah jimat duit beli air! Kih kih kih...
Bila dah naik syeh tu, balik sahaja dari sana, tak kasi zaimi drive balik rumah. Terus lajak ke IOI City Mall dulu untuk makan, dan pergi Decathlon untuk beli seluar! 😂
Akhirnya setelah hampir berbelas tahun SR tak beli seluar sukan, disebabkan dah seronok dan takjub sangat main badminton dekat Uptown Sports, terus ada seluar sukan baru! Best pulak tu kain seluar Decathlon! Dahlah tak mahal!
Moga-moga istiqamahlah nak bersukan ye SR! Hahaha!
Itu sahajalah throwback untuk hari ni. SR sebenarnya dari Isnin mengisahkan anak-anak demam berganti-ganti. Anxiety pun dah mula datang sikit-sikit ni bila mengenang perjalanan pHD yang harus ditolak tepi sikit bila anak-anak tak sihat.
Sebab apa-apa pun, anak-anak is number 1. Mudah-mudahan lepas raya haji ni, semua berjalan lancar dan sihat-sihat belaka semua kami sekeluarga. Doakan SR ya. 💖
PS: Banyak betul berita lalu di timeline SR di media sosial hari ni; Ibu bapa Zayn Rayyan dibenar ikat jamin (SR harap sangat bukan mereka yang bunuh Zayn Rayyan), Faisal Halim buat press conference (sedih tengok kondisi terkini Faisal Halim T_T), Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai (entahlah, yang ini nak komen pun geram).
main tak seberapa.. tapi peluhnya kemain mencurah curah kalau main kat dalam court ni.
BalasPadamBestnya main badminton kat court. Tapi tu la bersukan depan rumah pun malas. Hahaha
BalasPadamboleh sangat aktiviti santai begini...boleh keluar peluh
BalasPadamaktiviti yg sgt bagus....
BalasPadamBersemangat ya diorang dapat main badminton kat gelangang sbnr…tak ada laa mahal mana pun kalua nak sewa sekejap… yg penting peluh dpt dikeluarkan…
BalasPadamSekali sekala apa salahnya .. aktiviti yg boleh keluarkan peluh juga ni ..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.