Assalamualaikum wbt
Pagi tadi, SR seawal 10 pagi dah pergi spa uolls. Hahaha! SR rasa SR sangat sakit-sakit badan akibat perjalan pergi dan balik selama berbelas jam sempena raya haji beberapa hari lepas. SR minta izin (dan sponsorship) dari zaimi, harap dia luluskanlah walau sistem bayar dulu claim kemudian ni 😋
Yang penting dia dah bagi izin. Kikiki...
Di Bangi ni ada banyak spa tau. Serius. Pening nak pilih yang mana sebenarnya. Tapi akhirnya SR pilih untuk ke Melissa Spa & Salon sebab warna dia pink dan rating Google dia tinggi. Gittew.
SR buat appointment untuk:
- Relaxing Massage 60 min - RM120
- Melissa Facial 75 min - RM110
SR letak harga di sini kot-kot ada yang turut mencari servis ni. SR rasa harganya okey sangat, sebabnya SR dah lama tak ke spa. Kira bolehlah harga memanjakan diri sekali-sekala ni. Hihi. Ada macam-macam lagi sebenarnya boleh buat dekat sini selain facial dan massage (pun ada macam-macam jenis):
- Spa ritual (scrub, body mask, bertangas, hot stone, sauna)
- Mandian (mandi bunga, mandi susu)
- Lash treatment (lifting, tint)
- Threading (kening, bibir, full face)
- Manicure, pedicure
- Waxing (muka, kaki, bawah lengan, brazilian...)
- Hair service (cut, wash, blow, scalp treatment, K'erastase treatment...
Banyaklah ada. Sorry sebab bahasa bercampur-campur, SR kejap rajin kejap malas nak translate. Ahahaha!
Gambar memang tak ada gais. Tapi kalau nak tengok gambar dalam Melissa Spa & Salon yang comel dan selesa ni, boleh jengah Facebook mereka di SINI.
Kenapa tak ambil gambar? Sebab tak pegang phone ketika dimanjakan plus takutlah kalau terrrrsnap gambar yang dalam keadaan di spa tu uolls 😂
Sesi SR bermula dengan Melissa Facial, merangkumi Double Cleansing, Exfoliation, Steaming, Exraction White & Blachead (uuhhh ini perit gais tapi best hasilnya!), face massage (totok muka) dan masker.
Habis facial, terus sambung urut pula selama 1 jam lagi.
Best ke tidak? Nak SR review ke? Hehehe...
Facial - Best sangat, 5 bintang!
Urut - Okey, relax dengan muzik dan bau-bauan yang merehatkan minda. Adik yang urut tu cekap, cuma badan SR yang macam getah sekerap punya keras ni, merasakan SR memerlukan urutan yang lebih kuat dari tu. Tapi overall okey sangat, memang relax. Nak tertidur rasa tadi 😁
Siapa nak cuba book Me Time dekat Melissa Spa & Salon ni, whatsapp aje senang di 0182217906.
Ini honest review tau, bukan paid review atau collaboration guest post. Oh ya, kalau ada spa ke, salon ke nak SR datang dan belanja SR treatment, roger lah. SR tadah nyiru ni. HAhahahahaaHAH!
Tiber sangat kan. Kesan bahagia di spa la ni 😂
Oklah, bye!
aku perna p spa muka.....memang tidur best sgt, tapi tak boleh selalu.....bajet hehhehe
BalasPadamSeronoknya masa utk manjakan diri 😊
BalasPadamMemang best kalau dapat manjakan badan dengan massage, boleh try sini nanti.
BalasPadamSaya cuma kuat sebatas refleksi kaki saja kak 🤣. Kalo dah massage seluruh badan, confirm tak bisa, asik ketawa dari awal sampai akhir nanti. Saya tak kuat geli 🤣🤣
BalasPadamTapi tempat ini baguuus yaa. Di mana2 semua tempat spa pastilah menenangkan pikiran sangat
Okey sumpah jeles...i need this kind of service now....
BalasPadamseronoknya..dpt manjakan diri sesekali mcm ni...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.