Hukum Ibadah Korban Bagi Kanak-Kanak
BY
#copyandpaste
Soalan:
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya mempunyai anak kecil, boleh atau tidak saya berkorban untuknya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
(Surah al-Kauthar: 2)
Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ وَأَنَا أُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kambing dan aku sendiri (Saidina Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kambing.
Hadith riwayat al-Bukhari (5233)
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2/478)
Diwajibkan ke atas kanak-kanak (anak kecil) itu untuk melakukan korban dengan hartanya sendiri menurut pendapat yang paling sahih, pada pendapat Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf. Kemudian, ibadah korban itu pula hendaklah dilakukan oleh bapanya atau walinya bagi pihaknya dan kanak- kanak tersebut boleh makan daripada haiwan korbannya sebanyak yang dia mampu dan membeli apa-apa yang berbaki yang boleh dimanfaatkan secara khusus dan bukannya yang dimakan.
Wali itu juga hendaklah menyembelih bagi setiap seorang daripada anak-anaknya yang kecil seekor kambing, atau menyembelih seekor unta atau seekor lembu bagi tujuh bahagian sebagaimana dalam zakat fitrah. Manakala Muhammad dan Zufar daripada kalangan ulama mazhab Hanafi – pula berpendapat, wali hendaklah melakukan korban yakni bagi pihak kanak-kanak itu – dengan hartanya sendiri, bukannya daripada harta kanak-kanak itu.
Namun, secara zahirnya menurut riwayat daripada ulama mazhab Hanafi, dan ia merupakan pendapat yang kuat di sisi sebahagian daripada mereka serta dijadikan sebagai fatwa, bahawa ibadah korban adalah digalakkan (sunat) dan bukannya wajib daripada kanak-kanak kecil, serta tidak boleh bagi seorang bapa untuk melakukan ibadah korban dengan menggunakan harta kanak- kanak itu.
Demikianlah juga menurut ulama dalam kalangan mazhab Maliki, mereka berpendapat bahawa disunatkan ibadah korban bagi kanak-kanak. Sedangkan ulama dalam kalangan mazhab Syafi’i dan Hanbali berpendapat, ibadah korban tidak disunatkan bagi kanak-kanak (anak kecil).
Sebagai kesimpulannya, Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebutkan, sesungguhnya ibadah korban bagi kanak-kanak dengan menggunakan harta walinya adalah digalakkan (sunat) di sisi ulama mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut ulama dalam kalangan Syafi’i dan Hanbali pula, ibadah korban tidak digalakkan (sunat) ke atas kanak-kanak. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/2711-2713).
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI berkelulusan PhD dengan pengkhususan dalam bidang fatwa di USM, beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara, Anggota The Muslim Council of Elders (UAE), Anggota The Assembly of Muslim Jurists of America (USA), mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara guru beliau sepanjang pengajian di peringkat BA (Madinah) dan MA (Syria) adalah Syeikh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Syeikh Muhammad 'Ali Thani, Syeikh Rushdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Dr. Muhsin al-'Abbad dan ramai lagi.
Maka kita ikut mazhab memasing...Kan
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih perkongsian info..Salam Aidil Adha Syaz
BalasPadamterima kasih atas infonya... :D
BalasPadamTk perkongsiannya
BalasPadamTerima kasih kongsi info nya.
BalasPadamthanks for sharing
BalasPadamperkongsian yg menarik...tq SR
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.