Assalamualaikum wbt
Hari Khamis lepas, SR bawa ayu pergi gunting rambut buat kali ketiga dah sejak kami berpindah di Kajang ni. Kami ke Capello By Nina, lagi sekali. SR malas nak cuba salon lain, sebab memang dah puas hati dengan servis dia gunting rambut anak perempuan SR ni. Potongan yang cantik dan kemas. Itu yang tak fikir dah nak ke salon lain.
Disebabkan dah banyak kali ke sini, ayu sebenarnya dah selalu tanya pasal botol-botol pewarna kuku tu. Dia juga selalu tanya, kenapa atas lantai tu ada sinki, ada paip.
Cut story short, lepas siap gunting rambut dia, terus bawa dia buat treatment manicure dan pedicure, atau selalu orang sebut manipedi. Sebabnya, hari Rabu semalamnya tu, ayu ada lawatan bersama tadika dia. Bukan 1 tempat, tapi 3 tempat dia pergi berjalan.
Memang beberapa kali juga dia mengadu, kaki dia sakit sebab banyak berjalan. Itu yang rasa nak belanja dia pedicure. Sambil-sambil cuci dan urut kaki. Alang-alang tu, rias kuku sekali. Sementara kecil ni bagilah dia rasa. Dah besar nanti, kalau nak warna-warna kuku ni, kena cari yang telus air aje lah, kalau tak kena guna nail polish remover bagai kan untuk wudhu.
Jadi sementara masih kecil ni, marilah kita kasi dia pengalaman rasa rias kuku manipedi dekat salon. Bagi dia acah-acah princess 😂
Dah pilih nak warna apa semua, terus bersedia untuk sesi manipedi dia. Sesi dimulakan dengan manicure dulu. Mula-mula senyum lagi. Excited kan, sebab ayu memang dah lama teringin. SR tanya ayu, dia nak warna apa?
Ayu pilih warna merah jambu untuk kuku tangan (no surprise lah, warna favourite dia kan!), dan untuk kuku kaki, dia pilih warna biru muda.
Sesi manicure dia memang dimulakan dengan asah-asah kuku tu lah, maaf SR pun tak tahu apa term setiap proses tu, dan SR malas nak google. Jangan jadi seperti SR yang pemalas ni hahaha!
Halfway asah-asah kuku tu, SR perasan yang ayu dah mengantuk. Senyap aje dia. Dia mesti tak sangka yang proses manipedi tu lama kan. Sebab selama ni dia tengok di video Shorts Youtube, sekejap aje. Manakan tidak, video tu pun durasi 1 minit, sah-sahlah telah diedit kan.
Tak apalah ayu, nak cantik memang memerlukan pengorbanan 😂
Selesai manicure, memang terus sambung dengan pedicure sambil tunggu pewarna kuku tangan dia kering. Memang sabar betullah staf tu dan ayu pun sekali. Dua-dua tabah menanti cat kuku tu kering. SR di sebelah pun dah menguap menunggu siap.
Maklumlah, bukan kuku SR yang sedang dirias kan 😂 Tapi demi nak bagi ayu seronok dan lepaskan hajat dia, SR setia menanti proses tu dengan sabar juga. Nasib baiklah SR pun boleh duduk atas kerusi sofa empuk dia tu. Hihi...
Memang teruja betul ayu masa ni. Sebab kaki dia dicuci dan disental dengan garam rasanya, sambil diurut-urut sikit betis dan tapak kaki dia yang dia kata lenguh tu. Tersengih-sengih masa SR rakam video. Boleh tengok di bawah sekali post ini.
Agaknya sebab terlalu tenang dan sedap rasa kaki dimanjakan, ayu semakin hanyut dengan mengantuk dia. Hahaha!
Dan akhirnya, ayu tertidur atas kerusi. Ada lah dalam 10 minit juga dia terlelap tu. SR biarkan aje dia tidur. Sebab selalunya waktu tengahari, memang dia akan tidur pun. Itu memang timing tidur dia dekat sekolah. Jadi walaupun Khamis tu dia tak ke tadika, sampai aje waktu tidur, dia terus tidur aje tanpa susah payah nak paksa.
Selepas 1 jam, siap dua-dua proses manipedi kids untuk ayu tu. Memang senyum lebar lah dia. Tengok kuku dah berwarna kaki dan tangan.
Harga servis manicure dan pedicure untuk kanak-kanak di Capello By Nina ni dalam RM30 setiap servis. Kalau macam ayu, dia nak warna kuku, ada harga untuk pewarna pula. Tapi sekali dengan potong rambut dia + wash + blow, harga dalam RM100++ aje.
Okey aje SR rasa harga tu bagi SR, jika nak dibandingkan dengan kegembiraan yang SR nampak di muka ayu. Alhamdulillah, moga pengalaman ayu kali ini akan tersemat dalam ingatan ayu sampai bila-bila hendaknya 😄
Itulah aje coretan SR hari ini. Harini, dah malam ni haa baru sempat buka blog, pagi tadi keluar dengan zaimi dan anak-anak pula ke PKNS Bangi. Mencari seluar legging untuk adam, dia kena pakai untuk tournament bola tampar dia minggu depan.
Moga ada kejayaan direzekikan bersama-sama dengan pengalaman buat adam juga.
Wah bestnya dapat buat kuku cantik cantik. tak sabar nak tngu my baby besar boleh bawak jugak hihihihi
BalasPadamHihihi girls day out gitteww
PadamWah kemain curlasss ko ayu.. kecil2 dh dpt buat pedi meni tau.. achik ko ni, dah tua² br dpt merasa hahaha...
BalasPadamBtw syaz dah pindah opis ke? Bila pindah kajang ni? Tak pasan plak awqk dah pindah
Hihi
PadamDah hampir setahun, kami pindah sebab sambung belajar di UPM
wah anak dara kecil masuk salon medicure terbaik ayu
BalasPadamWhoaa..Pink lover jugak.. Tak pernah lagi buat manipedi..Teringin jugak..Nak Tunggu kawen baru buat tapi tak tahu bila...Bolehlah kot try sekarang..ahhahaa..
BalasPadamha'ah murah juga rate harga salon tu. berbaloi lah boleh buat semua dekat situ. staff tu pun buat kerja cantik
BalasPadamAwww.. Comel sangat nie Ayu.. Masa ni lah nak bonding dengan anak-anak kan SR..
BalasPadamCantiiiiiknya ayu 😄😄😍. Sabar dia meni Pedi yaaa. Saya nih kak, sampai usia segini pun blm pernah coba meni Pedi 🤣.
BalasPadamTeringin, tapi kalo diingat besoknya msh harus masak, potong bawang dan lain2, macam sayang lihat tangan hahahah. Nanti JD tak nak masak pula 🤭
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.