Assalamualaikum wbt
#throwback
Kontot aje post ni, sebab kebetulan gambarnya pun ada satu aje haa. Tapi, kalau nak tengok senario di sini, boleh baca artikel Sinar Harian DI SINI. Mereka ada buat liputan di lubuk ikan hiasan yang bisa menggegarkan iman peminat ikan!
Kisahnya, masa ni SR, zaimi, amir dan ayu pergi ke Pudu untuk beli ikan baru. Bukannya di Kajang / Bangi ni tak ada ikan, tapi memang di sini, sohor dengan lokasi beli ikan untuk akuarium yang banyak pilihan serta harganya lebih murah. Yang datang sini, bukan sekadar dari kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor, ada yang datang dari Kelantan sana!
Alang-alang tu, bawa budak-budak berjalan sekali. Dulu, masa zaman SR dan zaimi dating-dating, zaman belajar di UKM, kami ke sini juga. Kedai-kedai di sini pun dah ada yang 40 tahun lebih tau berniaga. Ikannya pun cantik, dan harga boleh milik.
Masa tu, kami berdua gigih naik tren STAR LRT dari Sungai Besi. Masa tu tak ada waze semua ni, nak drive pun, SR hanya ada Perodua Kancil.
Takut sesat pun ya 😂
Sekarang senang, set aje nak ke Jalan Pasar Pudu, terus sampai. Parkir dekat seberang jalan. Bayar guna Touch N Go.
Ayu dan amir siap beli ikan laga seorang seekor. Adam pula, kami belikan kura-kura sebab dia dah lama minta. Zaimi beli ikan apa?
Haaa cuba teka! Dah lama dia idamkan! Cer teka, cer teka!
Untuk peminat ikan dan akuarium, bolehlah jalan-jalan cuci mata dekat sini. Mana tahu kerasukan macam zaimi, banyak benda dibeli 😂 Taip sahaja Jalan Pasar Pudu di Waze, insyaallah sampai!
Psst: Anda cari arowana murah? Dekat sinilah tempatnya yang anda boleh survey dan entah-entah beli terus!
Kita ingat dia beli ikan nak masak kari, hahaha.
BalasPadamHihi baik, kite dah ubah sikit tajuk untuk elak kekeliruan masyarakat 😂
PadamMula baca tadi ingatkan beli ikan nak masak rupanya ikan laga. Hihi
BalasPadamAda satu kedai ikan kat Bangi jual ikan dengan harga ok juga.
BalasPadamIkan guppy?
BalasPadamSaya pon ada ikan hiasan, ada yg dah lama pelihara sampai masa mati.. Fuh sedih bila teringat..
BalasPadamkene bawa bonda ke sini... beliau suka ikan... ikan kami dah mati waktu kebakaran hr tu..
BalasPadamPergi ke sini nak imbau kenangan lama la ye...sambil-sambil bawa anak
BalasPadamTeringin nak bela ikan .. tapi xboleh ..asal bela jerr esoknya mati 😆😆
BalasPadamSaya suka melihat ikan2 hias ini. Tapi tak boleh bela. Pasti mati 🤣. Tak reti cara urusnya supaya sehat membesar 😅. Lagi pun saya lebih berbakat membela kucing 😄.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.