Assalamualaikum wbt
Throwback ke Jumaat 2 minggu lepas, SR ada date Girls' Day Out dengan ayu. Dah lama sebenarnya dia menuntut nak jalan-jalan berdua aje dengan SR. Jadi, SR bawalah dia ke IOI City Mall Putrajaya untuk melunaskan janji. Jemput dia dari tadika tengahari, terus pergi.
Alang-alang dah sampai di IOI, SR teringat yang waktu adam dan amir tengok wayang di Kuantan dulu, ayu tak ikut. Jadi, SR terus dapat idea nak bawa ayu tengok wayang. Kebetulan pula masa ni, filem terkini Garfield baru sangat mula ditayangkan. Masih hot dan panas dari ketuhar!
So, why not kan? Let's!
Terus SR pergi ke mesin untuk beli tiket. Sekarang kan beli tiket dekat mesin, nanti dapat QR kod sahaja untuk pick up makanan dan masuk ke panggung.
SR beli 2 tiket panggung biasa. Mula-mula ingat nak beli panggung yang GSC Play Plus, tapi karang ayu asyik main pula, bila nak tengok Garfield nya?? Haha! Untuk makanan pula, SR ambil sekotak popcorn.
Bayar guna kad debit sahaja di mesin tu. Memang methodnya cashless. Boleh pilih nak method cashless yang mana. Dah selesai bayaran, dah dapat QR kod, terus pergi pick up pop corn dan air mineral.
Disebabkan ayu baru pertama kali ke panggung wayang, maka banyaklah gambar yang SR tangkap. Bagi dia ingat nanti bila dah besar, kali pertama dia tengok wayang adalah cerita Garfield, dan bersama SR! Hehehe!
Bila lampu panggung kami dah menyala untuk Now Seating, terus scan QR dan masuk. Sebelum naik escalator ke atas, bergambar dulu dekat poster Garfield 4 keping tu. Ayu sebenarnya dan sejujurnya, dia tak kenal pun Garfield haha!
Garfield ni memang bukan watak kartun yang umur-umur mereka ni kenal kan. Tapi, SR yakinkan dia yang cerita tu best. Sebab sebenarnya SR yang kenal Garfield ni yang nak tengok Garfield tu! 😂
Masa tayangan kami adalah 1.30 petang. Tapi pukul 1 kami dah masuk dan duduk. Orang lain pun tak masuk lagi. Jadi sementara cerita nak mula, ayu ralit dan leka pulak layan iklan-iklan yang ada. Sampai SR main phone pun ayu marah, sebab iklan kata jangan guna phone!
Hahaha! Padahal masa tu cerita belum mula, lampu pun belum tutup.
SR ambil seat belakang sekali, dan paling tengah. Memang syoklah view. Nikmat tak terkata 😂
Pengalaman SR di GSC IMAX IOI City Mall Putrajaya ni memang menyeronokkan. Panggungnya selesa, aircond just nice, tak kuat sangat, sound system sedap, kerusi baru dan empuk, dan paling penting, kebersihan dalam panggung sangat tip top. I love!
Staff pun semua friendly. Terbaik! Mungkin ada rezeki, boleh cuba GSC Play Plus pula. Tapi tu lah, anak-anak dah besar sebenarnya, panggung biasa lagi elok kot untuk keluarga SR 😂
Sajalah SR bagi honest review, kot ada yang mencari kan, okey ke GSC IMAX IOI Putrajaya ni kan. SR suka sangat kondisi diaaa.
SR pun dah lama tak ke panggung sebenarnya. Inilah kali pertama SR jejak kaki ke panggung wayang semula sejak sekian lama. Seingat SR, sejak mengandungkan adam, SR dah tak ke pawagam.
Adam dah lahir, lagilah tak masuk. SR tak pernah bawa anak-anak kecil ke pawagam, takut SR tak pandai kawal anak-anak bising ke apa kan. Ayu dah umur macam ni, dah boleh behave, baru SR berani.
Movie start, kami pun tengoklah cerita Garfield dengan penuh perasaan. Suka ayu rupanya! Tapi disebabkan tenghari tu waktu dia tidur di tadika, dia terlelap pula dalam 10 minit 😂
Dah habis movie, asyiklah dia teringat dekat Garfield. Paling dia suka adalah watak Odie. Best ke Garfield?
Bagi SR best, ada part touching juga. Huhu... Nak tahu kenalah tengok sendiri tau. Kalau dah orang bagi spoiler nanti jadi tak best pula kan. Jadi, SR TAK BUAT review Garfield ya!
Lepas dah keluar dari panggung, masih lagi tangkap gambar ayu sana sini dalam IOI tu. Ayu pun suka bergambar. Dia layan aje omaknya ni 😂
Ayu ternampak kedai jual Gashapon, terus dia ajak masuk. Nak beli memang terasa sayang duit. Boleh tahanlah harganya. Ternyata SR bukan target market dia kan. Jadi, ambil gambar sahajalah dalam tu. Pada yang mencari gashapon di IOI City Mall Putrajaya ni, lokasi dia berdekatan dengan GSC IMAX.
Gashapon tu apa?
Gashapon tu kalau kita orang Melayu dulu-dulu sebut mesin tikam telur. Ha familiar tak? Hahaha! Dulu masuk 20 sen, pusing, keluar telur kan. Dalam tu ada mainan. Sekarang, telur tu mainannya lebih hebat tau. Cantik dan tegap. Ada peminat tersendiri.
Dah 2 jam dalam panggung, perut pun dah berkeroncong dan bernyanyi lagu K-Pop. Terus bawa ayu pergi makan dulu sebelum gerak balik rumah.
Cuba teka SR dan ayu singgah makan di kedai apa? Akan bersambung kisahnya di entry seterusnya nanti. Insyaallah. Sebelum balik, cari dulu escalator yang ada gambar lembu Awagyu Yakiniku. Sebab, masa keluar parkir tadi, memang terus ingat ketat-ketat dalam otak escalator tu sebagai landmark nak cari parkir semula 😂
Maklumlah IOI City Mall Putrajaya ni besar gilaaaa.
Itulah sahaja cerita throwback SR kali ni. Ada rezeki, boleh ngedate dengan ayu lagi! Adam dan amir pun dah meminta untuk keluar berdua juga dengan SR ni. Kena cari masa yang sesuai nampaknya.
Okey gais, babai!
MY pun bawa anak anak tengok Garfield last week
BalasPadamKali terakhir I tengok movie kat IOI tahun lepas kot, itu pun sbb hubby nak sgt tgk cerita hantu Thai. Best juga. Sejak tu tros tak pegi2 lg sama ada di sana atau di Aussie ni. Tunggu nt klu muncul lg cerita hantu, baru pegi lg agknya. 😁 Dpt cerita yg mcm filem Nang Nak mmg best layan.
BalasPadamTak pernah lagi tengok movie dekat sana. Seat dia nampak baru tu. Sampai ayu pun selesa tidur hahaha
BalasPadamteringin nak masuk cinema lg. Rasanya last tgok wayang filem 'Anna and The King' thn 2000 yg lampau!
BalasPadamcantiknya mesti seronok dapat bergambar kat sini... dahla garfield tu comel sgt
BalasPadamsonoknya ayu tengok wayang berdua dgn umi
BalasPadamSeronoknya ayu.. ni first movie ayu ya ? Moga besar nanti ayu dapat baca coretan kenangan ayu di sini kan ..
BalasPadamSaya nak cek dulu masih ada tak film Garfield ini di bioskop sini. Krn dah agak lama juga. Pengen nonton dengan anak2. Iyalah mereka sbnrnya tak tahu2 siapa Garfield kan. Ini dari zaman kita kecil 😄
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.