Assalamualaikum wbt
Sungai Siene, Perancis |
Gila kan tahap protes masyarakat Perancis ni? Hahahah! Terkekek-kekek SR baca berita berkenaan ni. Semuanya sebab rakyat sana tak nak pun Sukan Olimpik tu dibuat di sana.
PARIS – Orang ramai mengugut untuk membuang air besar di dalam Sungai Seine sebagai tanda protes selepas kecewa dengan tindakan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, lapor akhbar Sky News semalam.
Protes berlaku selepas Hidalgo melaburkan wang yang banyak dalam operasi pembersihan sungai itu sehingga mengabaikan dana bagi masyarakat.
Lebih €1.4 juta euro (RM7.05 juta) telah dibelanjakan untuk menjadikan Sungai Seine bersih dan selamat untuk orang ramai berenang. Sungai itu akan menjadi lokasi acara triatlon dan renang terbuka semasa sukan Olimpik yang dijadualkan bermula lewat bulan depan.
Difahamkan, Hidalgo akan berenang di dalam Sungai Seine hari ini untuk membuktikan air sungai itu cukup bersih buat atlet sukan Olimpik.
Namun, kata Hidalgo, beliau hanya akan berenang di sungai itu selepas pilihan raya Perancis selesai pada Julai ini.
Pada masa sama, Presiden Emmanuel Macron juga berjanji untuk berenang di dalam Sungai Seine menjelang sukan Olimpik tetapi tidak menyatakan bila.
Laporan diterbitkan pada Jumaat lalu menunjukkan air sungai itu masih terlalu kotor untuk digunakan.
“Sampel air menunjukkan kadar tinggi dua jenis bakteria berbahaya termasuk E.coli dan tidak memenuhi piawaian ditetapkan untuk Sukan Oimpik,” kata pengawas wilayah Paris, Marc Guillaume.
Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di Sungai Seine pada 26 Julai ini. – AGENSI
berak dlm sungai senang xyah cebok., hehe
BalasPadam😂😂
PadamPelik2 je perangai orang kat sana 😅
BalasPadamAduh. Camna lah tu.
BalasPadamoklah kan nak bersihkan sungai...
BalasPadamTeruk juga ya cara diorang protes..... diorang kat rumah takde jamban ke? 🤣🤣
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.