Assalamualaikum wbt
Lama betul perjalanan kami dari rumah mertua untuk sampai semula di rumah kami di Kajang semalam. Penat, bosan, sakit sendi dan badan, mual... Semua ada. Entah berapa banyak kentut anak-anak (dan suami!) yang SR terpaksa telan dengan paksanya semalam dalam kereta sepanjang perjalanan yang panjang tu.
Memang dah ready balm siap-siap, ada yang terkentut aje, terus calit di hidung!
Badan memang dah mengerang sakit semua otot. Fikiran dah melayang-layang, anxiety pun sekali-sekala dia datang menjengah. Manakan tidak, baru sahaja badan nak pulih dari fatigue dari perjalanan balik ke Kelantan, selepas 4 hari, masuk semula dalam kereta, nak tempuh perkara sama.
Balik ke Kelantan Jumaat lepas: 11 jam
Balik ke Kajang semalam (Selasa) : 13 jam
Dalam kepala dah terfikir-fikir betapa letihnya diri ini sesampainya di Kajang nanti. Terfikir dah kerja-kerja research yang kebarangkalian besarnya terpaksa dianjak beberapa tarikh. Anxiety datang menyelinap memikirkan timeline, pandangan SV terhadap diri ini, rakan-rakan di kampus yang SR perlukan bantuan mereka, dan yang paling penting, expectation SR terhadap diri sendiri!
Tapi kenapa gigih juga ikut suami balik kampung?
Kenapa tak cakap sahaja pada suami, sudah-sudahlah balik kampung tu, bukankah hari tu baru balik ketika raya puasa?
Bukan seorang yang kata macam tu dekat SR. Rata-rata mereka pelik sebab SR ni rela sakit-sakit badan, rela jejaskan kerja yada yada...
Tapi itulah.
SR ehsankan dia. Zaimi baik dengan SR. SR susah nak berkira dengan dia. Keluarga dia jauh, mertua SR pula tak boleh berjalan jauh-jauh. Tak macam emak abah SR yang masih gagah lagi memandu melawat SR sekiranya SR tak berkesempatan balik ke pangkuan mereka. Jika tak, kalau nak balik ke Kuantan pun, zaimi juga tak kisah drive 4-5 jam ke sana.
SR akan rasa recharge sangat lepas jumpa emak dan abah. Jadi semestinya zaimi pun sama. SR faham, dia juga seorang anak yang mahu recharge. Kepulangan dia bersama anak-anak dia ke kampung, akan menerbitkan rasa gembira dan bahagia dalam hati mertua SR.
Zaimi happy, SR tumpang happy sekali bila tengok dia happy. Sebab itulah walau zaimi kata, kalau dia balik seorang pun tak apa, jika SR dan anak-anak tak hendak ikut. SR tak setuju, SR ikut juga sebab tak gamak pula nak biarkan dia sorang-sorang dalam jalan sesak yang melampau tu.
Bolehlah buat teman berbual dan bergossip.
Bolehlah buat teman karaoke dalam kereta.
Bolehlah jadi tukang bukakan plastik kacang, kerepek dan tutup botol air dan hulurkan wet tisu.
Ibubapa kami pun semakin hari, semakin tua dan uzur. Kadang menitis juga airmata SR sorang-sorang bila mengenangkan, entah berapa kali raya lagi lah dapat bersama dengan ibubapa masing-masing ni.
Contoh haritu, emak abah SR datang Kajang. Lepas aje mereka balik semula ke Kuantan, SR masuk aje rumah, terus SR menangis macam budak 6 tahun. Teresak-esak seorang diri.
Rasa sayu sangat bila nampak kereta emak abah semakin jauh dan jauh tinggalkan SR. Bukanlah SR tak gembira ke apa, cuma seorang anak, dia ada satu 'button' sedih bila berjauhan dengan ibubapa dia. Kan?
Selalu SR terfikir satu perkara ni: Sampaikah lagi 10 kali untuk ulang hari-hari yang mendatangkan bahagia dalam hati insan-insan yang membesarkan kami ini...? 😢
Walahualam.
Eh panjang pula membebel tanpa arah tuju. Sekejap lagi nak cari 100 Plus. Esok akan back to routine.
PS: Apa yang SR coretkan ini hanya sekadar buat kenangan SR sendiri. Tidak terpakai untuk isteri-isteri yang lain ya, amaran keras! Karang ada pulak yang kata, baru kahwin doblas tahun dah pandai pung pang pung pang lah, tunjuk baiklah, itulah inilah 😂
SR tak ada diari fizikal, nanti mesti hilang. Hahaha!
Eh dahlah, bye.
salam ziarah. rasa mcm 1st time kot eh i BW kat sini :) part long hrs journey balik kelantan tu...memang norm dah...kelantese redho dan harung jer esp bila parents masih lg ada..MZ and suami both kelantenese cuma PIL both dah tak de..i still have my mom so gigihlah MZ balik kg setiap kali raya :) stress etc put aside
BalasPadamHai salam kenal 😊
PadamYa, begitulah❤️
Berbelas jam, memang meletihkan. Lebih kurang macam perjalanan akak balik Johor dari Perlis.
BalasPadamInsya Allah letih dan susah payah Syaz diberi ganjaran baik oleh-Nya.
Syaz cubalah minum garam ORS bila berjalan jauh, InsyaAllah badan kurang letih. Lebih kurang macam minum 100 plus, tapi versi lebih sihat tanpa gula dan carbonate.
alamak...bab ni x pernah experienced, paling lama pun 3 jam je ke JB...par kentut ni selalu PZ...bengang je....
BalasPadamPerghh lamanyaa..
BalasPadamKalau Suami Sis memang tak sanggup hadap jem, melainkan terpaksa huhuhu
bila bab family, semua MA sanggup..penat & letih..tolak tepi la of coz kan.
BalasPadammengenangkan masa diaorang membesarkan kita.. x terbalas kot semua jasa diaorang kannn
Moga Allah balas dgn kebaikan.. sbb niat nak bahagiakan org tua.
BalasPadamBoleh dibayang penatnya tu mcm mana. Anak3 I pun dulu semuanya "membesar kat tgh jln" (meminjam kata MIL).. sbb kami asik blk kg masa dorang kecik2. Hubby suka blk. Hihi. Layankan je lah, "tempat isteri kan di sisi suami" gitchew.
Setuju sangat apa yg dicoretkan SR ni.
BalasPadamPaham sangat yg dirasakan kakak. Saya pun tak akan mungkin membiarkan suami pergi sendiri kalo dia nak balik kampung. Tapi dulu saat mama papa mertua masih ada, mereka tinggal di jakarta juga. Hanya saja kalo mereka balik kampung suami selalunya ingin menekankan. Saya pula tak tega membiarkan dia sendiri. Jadi selalu saya ikut juga.
BalasPadamLagipun mertua juga baik sangat, tak ada salahnya menemani mereka.
Malah saya jarang balik ke kampung orangtua. Krn tak bisa pakai mobil, harus pesawat 😄😄. Menyebrang pulau pula
sy drive 2-3 jam pun rs nak pengsan dah....
BalasPadamlebih dari tu entah laa...
tak mengapalah kita korbankan sikit keselesaan diri demi keluarga...
pd ms akan dtg kita mungkin akan merindui moment tersebut...
Dahsyat betul jem sampai 13 jam...saya jem 1 jam 30 minit pun dah rasa trauma memandu atas jalan raya...ikutkan hati mahu saja juga helikopter untuk elak jam
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.