Assalamualaikum wbt
#throwback
Awal Mei lepas adalah hari lahir anak bongsu SR, si ayu. Memang dah jadi tradisi keluarga, jika ada birthday sesiapa, kami memang akan makan-makan yang istimewa sikit. Dan kek memang wajib ada. Jadi, kebetulan hari cuti, kami set untuk makan tengahari di kedai kek terus, iaitu di Secret Recipe di Alamanda Putrajaya.
Untuk kek, kami pilih untuk ambil whole cake Chocolat Au Lait Cake, dan minta staf untuk tuliskan ucapan Happy 6th Birthday Ayu di atas kek. Comel pulak dia tulis siap ada love love kan.
Pejam celik, dah enam tahun dah anak bongsu ni haa. Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan Ilahi, ada seorang anak perempuan untuk menemani SR buat aktiviti keperempuanan. Hahah!
Servis di Secret Recipe ni okey, SR puas hati. Walaupun ramai pelanggan, makanan dihantar tidaklah lambar sangat. Tak lama kami menunggu.
BACA JUGA: PENGALAMAN BELI AISKRIM KEK BASKIN ROBIN
Terpotong kek senget pula! Haha! |
Selepas dah gendang-gendut perut yang gendut, kami pun teruk gerak balik aje. Alamanda ni dah tak menarik untuk berjalan-jalan. Bagi SR lah. Mungkin sebab banyak kedai tutup, dan ada renovasi di bahagian bowling, food court etc tu...
Harapnya nanti Alamanda ni come back stronger!
Jadi sebelum balik, pergilah bawah pokok-pokok buluh di luar tu untuk ambil gambar anak-anak. Masa birthday, wajib ada gambar tiga beradik. Gaduh dan bergomol macam mana pun, harus berdamai masa ambil gambar!
Oh ya, jomlah join giveaway yang SR buat sempena birthday ayu, Giveaway Kotak Dari Ayu! .
SR tengok, penyertaan tak sampai 20 orang lagi 😣 Korang tak sudi join ke, alaaa.... Jomlah join. Ada berbaki 6 hari lagi untuk turut serta tau.
Untuk join, klik sahaja banner giveaway di atas ni ya 😊
Saya pulak suka jalan-jalan Alamanda. Tak ramai orang macam IOI. Tak serabut. 😆
BalasPadamBetul, Alamanda saiz dia just nice untuk berjalan. Tapi kalau dah banyak kedai dah tak ada, tak best juga hehe
PadamWahah.. boleh habis ke kek tu, Ayu. Meh htr sikit kat kakak Iman, Hehehe. Bergomol jgn amek gambar eh, time damai jer amek, hihi. Oh, ada GA ke, nt kita buat entry ya.
BalasPadamComelnya Ayu..
BalasPadamHappy belated birthday ye Ayu..
Selamat hari jadi buat ayu
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.